PENYANYI Shila Amzah disangka sedang berbadan dua disebabkan netizen perasan perubahan pada bentuk tubuhnya sejak kebelakangan ini. Tidak mengiyakan atau menidakkan dakwaan tersebut, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, sebaliknya meminta orang ramai menghormati dia selain enggan bercakap tentang berat badannya. "Kadang-kadang mungkin kerana gemuk jadi saya rasa cukup bercakap tentang badan wanita. Tolong ada rasa hormat dan jaga batas masing-masing. Shila dan Ubai disatukan 4 Ogos lalu. "Dalam zaman ini kita tak perlu bercakap tentang badan wanita. Saya tidak marah hanya menegur sahaja," katanya. Shila berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung yang dilakukan di TikTok. Dalam pada itu, Shila berkata, isu hamil sensitif kerana ramai pasangan di luar sana sedang berjuang dalam mendapatkan cahaya mata mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah buat ‘bungalow tour’, tunjuk rumah dah kosong siap sedia dijual... “Besarnya jenuh nak jaga” ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tersingkir Famili Duo 3 sebab kifarah, Shila Amzah minta jaga percakapan bimbang berbalik kepada diri sendiri Semua pasangan berkahwin kata Shila memang berharap memiliki cahaya mata termasuk dia dan suami iaitu Ubai. "Disebabkan ramai orang di luar sana cuba hamil, jadi kita perlu lebih sensitif tentang perkara ini. Kita tak mahu menjadi orang yang jahil. "Apabila seseorang itu buat keputusan berkahwin, mesti nak ada anak. Kita doakan yang baik-baik," ujarnya. Shila minta doakan yang baik-baik buat keluarganya. Untuk rekod, Shila dan Ubai melangsungkan perkahwinan pada 4 Ogos lalu. Ia merupakan perkahwinan kedua Shila selepas rumah tangga dibina bersama Haris Edraki Elias pada April 2018 berakhir dengan penceraian. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Seth Uwais yang kini berusia empat tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!