suria

Dituduh makan daging babi, Adam Corrie tak pernah rindu sentuh benda dilarang sejak peluk Islam

Adam tidak pernah rindu untuk makan daging khinzir.

PELAKON Adam Corrie kesal apabila ada segelintir pihak tergamak menuduhnya rindu menjamah daging khinzir susulan memuat naik foto mi wantan ayam BBQ di laman sosialnya sebelum ini.

Tidak pasti tujuan tuduhan itu dilemparkan terhadapnya, Adam atau Adam Corrie Lee Abdullah, 56, sebaliknya menjelaskan sebelum memeluk agama Islam 16 tahun lalu dia memang tidak menggemari hidangan berasaskan daging tersebut.

"Ada komen-komen di page saya kata saya rindu nak makan babi. Sebab itu saya sanggup makan mi wanta ayam BBQ merah serupa babi.

Adam 1 (1)

Hantaran Adam sebelum ini sedang bersarapan Mi Wantan bersama ayam BBQ.

"Ada juga kata saya memang makan babi dan bukannya ayam BBQ. Saya sebagai seorang Muslim yang telah kembali kepada fitrah selama 16 tahun tak rasa rindu pun nak makan benda haram.

"Saya tak pasti niat mereka berkata begitu, sama ada nak provokasi atau sebaliknya," katanya.

Adam berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweet ucapan Adam Corrie sempena ulang tahun perkahwinan, kredit isteri bentuk peribadinya sebagai mualaf

ARTIKEL BERKAITAN: Fuad Rahman dituduh belum berubah, Tom pertahan suami lelaki baik dan bertanggungjawab

Pelakon itu pada 26 Disember lalu memuat naik hantaran sedang bersaparan mi wantan bersama ayam BBQ.

Disebabkan ayam tersebut berwarna merah, ada menuduhnya makan daging babi.

Sementara itu, Adam berkata, sejak bergelar mualaf, dia lebih memahami tentang soal halal dan haram yang ditegaskan dalam agama Islam.

Jika ada yang kata dulu saya makan makanan haram bertan-tan, maka itu saya sebelum syahadah.

ADAM CORRIE

PELAKON

Katanya, dia tidak pernah terfikir untuk makan makanan daripada sumber tidak halal seperti mana didakwa sesetengah pihak.

"Sebelum syahadah saya bukanlah penggemar daging babi. Ramai sahaja orang bukan Islam yang memang tak makan daging tersebut. Mereka ada alasan sendiri kenapa tak makan.

"Selepas syahadah, saya faham tentang halal haram. Yang haramnya sikit, yang halalnya banyak. Rezeki Allah bagi banyak, carilah yang halal.

Adam 2 (2)

Adam mempunyai seorang cahaya mata lelaki selepas berkahwin dengan Fazeema.

"Jika ada yang kata dulu saya makan makanan haram bertan-tan, maka itu saya sebelum syahadah," ujarnya.

Untuk rekod, Adam memeluk Islam pada 13 Julai 2007 sebelum mendirikan rumah tangga dengan Fazima Fuad.

Selepas 10 tahun menanti, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Adam Fateh Lee yang kini berusia enam tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain