IKATAN pertunangan selama lima bulan penyanyi Yazid Izaham dan Youtuber Farisya Azman berakhir apabila pasangan itu sah bergelar suami isteri pada Sabtu. Pasangan itu melangsungkan pernikahan di Kota Bahru Kelantan dengan menyaksikan Yazid, 26, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,000 kepada pengantin perempuan. Mengulas mengenai pernikahan itu, Yazid memberitahu dia masih dalam keadaan tidak percaya status bujangnya sudah bertukar menjadi suami yang hadir dengan pelbagai kemanisan serta tanggungjawab. Yazid masih tak percaya dirinya kini sudah bergelar suami. "Masih tak percaya yang saya sudah bergelar suami dan pikul tanggungjawab yang besar. Gembira itu sudah mestinya kerana majlis yang dirancang berjalan lancar," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. Berkongsi perancangan selepas kahwin, Yazid dan Farisya akan berangkat ke Sabah untuk berbulan madu selepas beberapa urusan pekerjaan selesai. Yazid memberitahu buat masa ini mereka tidak mempunyai sebarang perancangan berhubung anak tetapi meletakkan perkara itu kepada rezeki. ARTIKEL BERKAITAN: Dalam diam-diam Yazid Izaham bertunang dengan YouTuber Farisya... “Kami memang rahsiakan hubungan” ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lagu ‘Mudahnya Kau Berubah’ tak hilang, Yazid Izaham sudah ada kerja tetap "Kami rancang nak ke luar negara tetapi insya-Allah dalam masa terdekat akan ke Sabah terlebih dahulu. "Kalau tentang anak, kami serahkan ia kepada rezeki, kalau ada insya-Allah," katanya. Sementara itu, Yazid tidak akan menghalang Farisya meneruskan kerjasama dengan Aliff Irfan dalam menghasilkan video di saluran YouTube mereka. Yazid dan Farisha profesional dalam kerjaya. Yazid berkata dia profesional terhadap karier isterinya namun sesekali akan muncul dalam video di YouTube Farisya. "Saya izinkan dia bekerja seperti biasa, Farisya masih lagi akan buat content dengan pasukan Aliff Irfan dan insya-Allah kalau berkelapangan saya akan turut serta buat video. "Saya tidak kisah jika isteri bergandingan dengan ahli lain sebab mereka sudah seperti keluarga. Kira masing-masing profesional terhadap kerja. "Orang kata nak risau apa lagi dah jadi isteri, kan?," katanya. Untuk rekod, Yazid dan Farisya mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu selepas beberapa tahun berkenalan sebagai rakan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!