suria

Shamsul Ghau Ghau belum move on pemergian Hamdan, terkilan tak dapat beri penghormatan terakhir

Shamsul sentiasa ikuti perkembangan Senario.

PELAKON dan pengacara Shamsul Ghau Ghau terkilan apabila tidak dapat menghadiri proses pengebumian sahabatnya iaitu Allahyarham Hamdan di Ipoh, Perak pada Jumaat lalu.

Shamsul atau Shamsul Azahar Aliddin, 55, berkata, perasaan itu masih tersemat di dalam hati kerana hubungan mereka terlalu rapat selain berasa ralat tidak dapat bertemu buat kali terakhir dengan sahabatnya itu.

"Hubungan kami sangat rapat sampai dia nak 'pergi' tempoh hari saya masih mengikuti perkembangan arwah di dalam grup sembang kami iaitu Keluarga Senario.

"Cuma saya terkilan dan sedih sebab pada hari itu saya kena buat latihan, apabila dimaklumkan pemergian arwah saya minta rakan-rakan tolong update.

shamsul 1

Shamsul masih belum mampu hilangkan rasa terkilan.

"Ingatkan lepas kerja saya nak pergi tapi arwah dikebumikan sekitar 9.50 malam, perjalanan pula mengambil masa dua jam," katanya kepada mStar.

Shamsul berkongsi perkara itu ketika ditemui di pertandingan akhir Pentas Marhaban yang berlangsung di Studio TV Al Hijrah pada malam Sabtu.

Menurut Shamsul, kali terakhir dia bertemu dengan Hamdan kira-kira sebulan lalu ketika mereka sama-sama membuat siaran langsung di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamdan Senario meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Niat buat showcase nak jumpa peminat, tapi Hamdan tiba-tiba jatuh sakit... Senario sedih tak dapat melawat sebelum balik KL

Sebelum Allahyarham dikejarkan ke hospital, rakan-rakan ada berkongsi tentang juada mereka nikmati bersama di dalam grup sembang sebelum dimaklumkan tentang keadaan Hamdan.

Berkongsi detik manis sepanjang berkenalan dengan arwah, Shamsul berkata banyak kenangan tidak dapat dilupakan terutama ketika mereka bergurau senda di atas pentas.

Tidak hanya itu, gelaran yang sering digunakan juga mempunyai memori tersendiri di antara mereka.

Saya sebenarnya tak boleh move on tapi terpaksa kerja, saya masih lagi terkejut

SHAMSUL GHAU GHAU

PENDAKWAH/PELAWAK

"Persahabatan kami tiada yang pahit cuma sedih apabila dia nak keluar daripada Senario pada 1997... Kehilangannya memang terasa sebab terkenangkan dulu kami buat semua perkara bersama. Makan, tidur pun sama-sama.

"Umur kami pun tak jauh beza, jadi hubungan itu rapat. Dulu kalau lepak dia mahu balik kami selalu bergurau dia takut isteri sebab dia paling awal berkahwin.

"Saya sebenarnya tak boleh move on tapi terpaksa kerja, saya masih lagi terkejut," kongsinya.

hamdan2 - 1

Antara kenangan akhir arwah bersama Senario.

Untuk rekod, Hamdan atau Hamdan Ramli, 54, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kira-kira pukul 12.50 tengah hari, Jumaat.

Pada 31 Disember lalu, Hamdan dikejarkan ke hospital selepas mengadu mengalami sakit perut namun doktor kemudiannya memaklumkan pelawak itu mengalami masalah buah pinggang dan jangkitan kuman dalam darah.

Susulan keadaannya yang kritikal, Hamdan diintubasi.

Hamdan berada di Johor Bahru bersama anggota Senario lain untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion sempena ambang tahun baharu 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain