suria

Sharifah Shahirah kongsi mesej Aman Graseka sebab simpati, syukur ramai hulur sumbangan...“Boleh buat modal berniaga”

Kak Rara harap Aman dapat mulakan kehidupan baharu.

PENYAMPAI radio Suria FM Sharifah Shahirah menjelaskan tindakan dia berkongsi mesej dipercayai daripada aktor Aman Graseka yang meminta bantuan selepas ramai rakan selebriti lain turut menerima mesej serupa.

Kata Shahirah atau Kak Rara, 50, sebagai kenalan aktor tersebut dia berasa sedih apabila mendapat tahu tentang keadaan Aman ketika ini dan mesej dihantar mungkin disebabkan sudah terdesak.

"Bila saya keluarkan benda sebegini, dapat tahu ramai kawan artis tolong Aman sebab ramai dia mesej artis lain walaupun tak tahu mana dapat nombor kami.

sharifah

Kak Rara syukur ramai bantu Aman.

"Tapi kami kenalan Aman, sedih bila tahu dia susah. Mungkin dia dalam kehidupan yang terdesak.

"Harap-harap pada masa depan tak akan ada mesej seperti ini sehingga ada yang tak rapat pun dia terpaksa meminta," katanya.

Shahirah berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh pelakon era 90-an minta bantuan nak bagi anak makan, Aman Graseka tampil jelas situasi sebenar... Kini sibuk berniaga ketupat dan rendang

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Aman Graseka bersalin di hospital swasta, netizen tanya mana dapat duit - “Saya pun tak tahu pelakon mana yang bayarkan”

Dalam pada itu, Shahirah meluahkan rasa syukur apabila pengikut dan ramai rakan artis sudi membantu Aman yang sedang dilanda ujian.

Shahirah berharap sumbangan itu dapat membantu pelakon filem Cinta Kita itu mengembangkan perniagaan diusahakan bersama isterinya.

"Alhamdulillah terima kasih kepada pengikut saya yang membantu Aman Graseka. Semoga sumbangan itu boleh buat modal berniaga.

"Kita doakan dia tak perlu minta-minta lagi dalam kalangan kawan-kawan artis. Kita doakan dia senang, perniagaan maju dan rezeki sentiasa murah serta sihat," katanya.

2476973

Aman dan isteri maklumkan dirinya sibuk jalani perniagaan ketupat.

Sebelum ini Shahirah ada memuat naik tangkap layar mesej Aman memohon bantuan bagi memberi anak-anaknya makan.

"Semoga pagi Jumaat ini ada rezeki anak-anak hamba nak buat makan," tulis mesej berkenaan.

Aman atau Aman Shah Baharom Shah, 56, ketika dihubungi mStar bagaimanapun memaklumkan dia dan keluarga berada dalam keadaan baik.

Kata Aman dia masih mempunyai pekerjaan iatu berniaga ketupat dan lontong selain berita ditularkan mengenainya tidak benar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain