suria

Fuad Rahman dituduh belum berubah, Tom pertahan suami lelaki baik dan bertanggungjawab

Tom harap Fuad sentiasa kuat dan tabah dengan kata-kata netizen.

NAMPAKNYA kebahagiaan dikecapi pasangan Tom dan Fuad Rahman tidak disenangi segelintir pihak sehingga tergamak menuduh penyanyi kelahiran Singapura itu masih belum berubah.

Tampil mempertahankan suami tercinta, Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 38, berkata, sepanjang berkahwin dia dapat melihat banyak perubahan dalam diri Fuad bukan sahaja sebagai lelaki tetapi suami dan bapa.

Disebabkan itu, Tom tidak peduli jika ada menganggap dia sudah membuat pilihan salah apabila memutuskan berkahwin dengan Fuad.

tom 1

Tom kongsi proses Fuad ingin berubah.

"Biarlah orang nak menilai abang tak akan dapat berubah, pilihan abang buat Tom jadi isteri tak sesuai dan abang tak akan berubah bila dengan Tom.

"Yang penting tom tahu abang kuat. Abang dah berubah. Abang suami yang baik, bapa yang baik.

"Orang luar tahu bercakap, Tom yang serumah dengan abang. Tom tahu abang dah berubah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak macam liar tapi Tom sama seperti isteri lain buat kerja rumah, jaga suami... “Pandai-pandai netizen cop saya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu 9 bulan boleh clubbing lagi...” - Tom rasa beza hamil bayi perempuan, cepat penat dan lebih suka tidur

Tom berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Ahad dengan memaparkan foto suaminya sedang menunaikan solat.

Malah dalam hantaran tersebut, Tom turut berkongsi beberapa komen negatif melibatkan suaminya.

Dalam pada itu, Tom mengakui dia bersimpati dengan suaminya yang sering mangsa kritikan dan hukuman netizen.

553

Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga di Batam pada tahun lalu.

Namun dia berharap suaminya terus kuat dan bersabar dengan setiap ujian yang mendatang.

"Kasihan kadang-kadang tengok abang. Orang asyik judge abang. Sedangkan dia orang tak tahu Abang orang yang paling baik dan bertanggungjawab Tom pernah jumpa.

"Harap suami Tom banyak bersabar. Tom tahu abang kuat," luahnya lagi.

Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 23 Februari 2023 di Batam, Indonesia.

Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.

Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain