suria

Sudah capai status senior sebagai penyanyi, ramai takut jalin kerjasama dengan Hael Husaini

Hael minta pendatang baharu jangan takut dengan dirinya.

RAMAI pendatang baharu dalam dunia seni takut bekerjasama dengan penyanyi Hael Husaini sebagai rakan duet atau menghasilkan sesuatu karya bersama.

Hael atau Hal Husaini Razmi, 37, berpendapat perkara itu terjadi mungkin disebabkan dia dilihat sebagai artis senior sehingga ada takut mendekatinya.

Bagaimanapun kata Hael, dia sentiasa terbuka menjalinkan kerjasama dengan mana-mana artis tidak kira masih baharu atau pun lama.

"Ada yang rasa takut nak beri lagu kepada saya mungkin mereka anggap saya salah seorang artis yang sudah lama menapak dalam industri seni.

hael

Hael pasangan impian mahu kerjasama dengan ramai orang.

"Kalau boleh saya nak bekerjasama dengan ramai artis dan komposer terutamanya Adnan Abu Hassan, Helen Yap yang pernah menjadi idola saya," katanya kepada mStar.

Hael memberitahu kerjasama dengan pelbagai pihak akan membuatkan lagu dihasilkan lebih menarik sekali gus dapat mengembangkan perjalanan karier muziknya.

Malah kata Hael, dia sendiri tidak melihat dirinya sebagai seorang yang sudah cukup hebat sebagai penggubah lagu dan penulis lirik malah terbuka untuk belajar dengan orang lebih berpengalaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna perkataan ‘celaka’ dalam lirik lagu, Hael Husaini sudah kaji dulu - “Ramai salah faham ingat bahasa kesat”

ARTIKEL BERKAITAN: Ada hikmah batal konsert, Hael Husaini diberikan rezeki lebih besar

"Sepanjang kerjaya, saya lebih suka bekerjasama dengan pelbagai komposer, penerbit baru atau lama sebab bagi saya lebih banyak idea kita dapat.

"Bagi memperbaiki diri saya perlu bekerjasama dengan ramai pihak supaya muzik yang dihasilkan lebih baik dan ke hadapan," jelasnya.

Dalam pada itu, Hael mengakui dirinya agak cerewet dalam memilih sesuatu karya namun ia adalah tindakan wajar bagi seorang penyanyi.

hael 2

Hael yakin sikap cerewet mampu hasilkan karya terbaik.

Katanya, sikap itu membuatkan ramai orang akan berlumba-lumba menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari semasa ke semasa.

"Kalau boleh saya nak memberikan satu impak yang baharu dan membakar semangat pemuzik industri Malaysia.

"Dengan cara itu kita dapat bersaing dengan cara seronok dan kreatif sekali gus membawa muzik lebih ke hadapan," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain