suria

Badan tiba-tiba lemah, muntah tepi jalan... Sean Lee keracunan makanan ketika berada di Hong Kong

Sean berkongsi peristiwa termuntah di tepi jalan.

PELAKON dan pengacara Sean Lee mengalami keracunan makanan sewaktu berada di Hong Kong bagi menghadiri sebuah acara yang dianjurkan oleh jenama motosikal pada Selasa lalu.

Berkongsi pengalaman itu, Sean atau Lee Jia Ern, 30, berkata badannya tiba-tiba berasa tidak selesa sehingga dia termuntah di bahu jalan ketika ingin pulang ke tempat penginapan.

"Selepas makan tengah hari, sewaktu saya ingin bersiar-siar tiba-tiba badan rasa tidak selesa. Pening dan badan rasa penat.

sean1 - 1

Sean mengalami keracunan ketika tiba di Hong Kong.

"Saya pergi tandas sebuah kedai dan tiba-tiba termuntah. Bila nak balik ke hotel sewaktu perjalanan pulang saya termuntah di tepi jalan.

"Sampai hotel saya bersihkan diri dan mandi kemudian tidur sampai keesokan harinya," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Sean memberitahu dia mungkin mengalami keracunan makanan sewaktu di Kuala Lumpur lagi sebelum tiba di Hong Kong.

ARTIKEL BERKAITAN: "Lantaklah orang nak cakap apa" - Sean Lee rela kena kecam, jadi penyanyi sekadar tempat luah perasaan

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak 'try hard' tiru Jung Kook BTS, netizen minta Sean Lee fokus berlakon dan mengacara

Menurut Sean, keadaannya kini sudah semakin baik dan bersyukur dapat meneruskan komitmen kerja bagi menghadiri acara jenama motosikal tersebut.

"Saya rasa saya mengalami keracunan makanan sebelum saya sampai ke Hong Kong lagi cuma rasa mual itu muncul selepas saya tiba di negara itu.

"Syukur selepas mendapatkan rawatan saya rasa lebih sihat dan dapat menghadiri acara tersebut dengan selamat.

"Keadaan saya tidak sihat itu cuma terganggu untuk aktiviti bersiar-siar di sana kerana saya banyak menghabiskan masa berehat dan tidur di hotel," ujarnya.

Sebelum itu, Sean memuat naik sebuah hantaran di Instastory miliknya yang memaparkan foto dirinya muntah di tepi jalan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain