suria

Zain tak izin ‘buat muka’, Rozita Che Wan tolak pembedahan kosmetik... “Suami okay walau berkedut”

Zain tidak benarkan Che Ta melakukan sebarang rawatan kosmetik mengubah wajah.

KEKAL anggun dan menawan pada usia 51 tahun, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan menegaskan dia tidak pernah melakukan sebarang rawatan kosmetik berlebihan termasuklah pembedahan plastik.

Kata Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, suaminya iaitu Zain Saidin juga tidak mengizinkan dia berbuat demikian meskipun dia pernah terfikir untuk melakukannya sebelum ini.

"Teringin juga nak buat, tetapi suami tak izinkan. Dia tidak larang saya buat apa sahaja, cuma kalau hal berkaitan pakaian terdedah atau 'buat muka' dia akan tegur.

che ta 2

Kejelitaan Che Ta sering menjadi perhatian ramai.

"Suami tidak mahu saya cantik dengan cara sebegitu (pembedahan kosmetik). Dia okey sahaja kalau muka berkedut sekali pun.

"Ada juga kawan-kawan yang cuba 'cucuk' untuk ajak sama melakukan sebegitu. Mungkin saya akan buat kalau usia masih muda, sekarang tidak lagi," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rozita Che Wan pelik mahkamah keluar notis bankrap, tak pernah culas bayar cukai RM50,000 sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Sambutan ulang tahun ke-10 bersama Zain Saidin terbantut, Che Ta positif Covid-19

Che Ta ditemui ketika majlis pelancaran produk Golden Glow keluaran syarikat miliknya, RCW yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Tambah Cha Ta pada usia sebegini apa yang penting baginya adalah tahap kesihatan berbanding lebih mengutamakan kecantikan wajah.

Apabila usia semakin meningkat, cantik bukan lagi keutamaan

ROZITA CHE WAN

PELAKON

"Apa yang penting sekarang adalah sihat... saya tak mahu pakai bulu mata tebal tetapi duduk atas kerusi roda sebab sakit. Apabila usia semakin meningkat, cantik bukan lagi keutamaan.

"Saya juga tidak melihat melakukan rawatan kosmetik itu sebagai keperluan sekarang. Saya pun bukan nak berlakon lagi. Mungkin tahun dengan saya lebih terlibat dengan kerja belakang tabir," ujarnya.

che ta 4

Che Ta tampil dengan produk kecantikan mampu milik buat semua golongan.

Sementara itu bercakap tentang produk terbaharu keluaran syarikat miliknya itu, Che Ta mahu ia menjadi sesuatu yang mampu dimiliki oleh pelbagai kelompok pengguna.

"Banyak produk di pasaran sekarang, tetapi tak semua harga mampu milik. Jadi produk saya ini harga berpatutan.

"Kalau boleh tak mahu orang yang berkemampuan sahaja nampak cantik. Biar produk ini semua orang boleh guna," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain