suria

Kisah arwah bapa jadi modal tarik pelanggan, Amylea minta ejen insurans buat permohonan maaf kerana sebar fitnah

Amylea bengang ada pihak ambil kesempatan kisah arwah bapa.

PENYANYI Amylea tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang ejen insurans yang menggunakan kisah arwah bapanya untuk meraih perhatian bakal pelanggan.

Justeru itu, Amylea, 38, menuntut permohonan maaf secara terbuka dan menggesa individu berkenaan memadam semula kandungan media sosial yang dianggap memfitnah arwah bapanya.

"Sebelum saya saman, tolong beriahu pemilik akaun ini turunkan (kandungan media sosial) dan buat permohonan maaf secara terbuka.

amylea 2

Perkongsian seorang ejen insuran membuatkan Amylea kurang senang.

"Disebabkan hantaran ini, telah jatuh fitnah terhadap arwah ayah. Anda semua kena faham ketika Covid-19, hospital kerajaan penuh," katanya.

Amylea menulis perkara tersebut di Instastory pada Khamis berserta tangkap layar akaun media sosial individu berkenaan.

Menerusi paparan itu, individu berkenaan turut memuat naik keratan berita Amylea yang sebelum ini pernah meminta bantuan ramai bagi menampung kos perubatan arwah bapanya yang menghidap sakit jantung.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali jumpa di pusat karaoke... Amylea kongsi video malu-malu suami rakam tengah menyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Amylea Azizan meninggal dunia selepas dua minggu dirawat di IJN - “Terlalu banyak budi belum saya balas”

Dalam temu bual bersama mStar pada Julai 2021, Amylea secara terbuka memberitahu dia meminta bantuan orang ramai supaya bapanya mendapatkan rawatan segera di hospital swasta.

Doktor ketika itu menasihati Amylea agar membawa bapanya ke hospital swasta disebabkan wad penuh susulan peningkatan kes Covid-19.

Tambah Amylea lagi hantaran yang dikongsi semula oleh ejen insurans itu juga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan keluarga.

Jangan sampai posting kau buatkan sakit hati keluarga aku

AMYLEA

PENYANYI

"Kalau nak jual insurans pun beragaklah. Jangan sampai posting kau buatkan sakit hati keluarga aku.

"Dalam masa sama buat orang mengata keluarga dan arwah sekali. Kalau bapa kau tak diterima di hospital kerajaan sebab penuh kes Covid-19, kau biarkan begitu sahaja?" ujarnya.

amylea 3

Bapa Amylea meninggal dunia akibat sakit jantung.

Amylea juga meminta orang ramai agar tidak mudah percaya dengan kisah sebegitu.

Untuk rekod bapa Amylea iaitu Azizan Zainal Abidin meninggal dunia pada 11 Ogos 2021 akibat sakit jantung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain