ENGGAN memikirkan pandangan masyarakat, pelakon Siti Fazurina mengakui tidak berasa malu untuk menjalankan perniagaan makanan di tepi jalan. Menerima sokongan orang ramai, Fazurina atau Siti Fazurina Mohd Famir, 42, memberitahu suaminya iaitu Muhammad Hykal merupakan orang kuat yang membuatkan dia lebih bersemangat untuk berniaga. Malah aktres yang mesra disapa Nina ini turut tidak menyangka perniagaannya itu menerima sambutan baik daripada masyarakat setempat. "Mula-mula tidak dinafikan untuk berniaga di tepi jalan saya sendiri risau dengan pandangan yang akan diberikan oleh masyarakat, tapi ternyata ramai bagi sokongan. Fazurina kini berniaga sarapan pagi di Bandar Utama, Selangor. "Saya juga bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami. Dia yang banyak beri nasihat kepada saya untuk tidak memikirkan kata-kata orang. "Saya pun terkejut dengan penerimaan positif orang ramai yang terus memberikan semangat dan suka melihat artis berniaga atas usaha sendiri," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, pelakon drama Dunia Anita ini memberitahu dia mula mendapat idea untuk berniaga nasi lemak apabila melihat di kawasan kejiranannya di Bandar Utama, Selangor tidak mempunyai jualan sarapan pagi. ARTIKEL BERKAITAN: Gerai nasi ayam kena serbu pelanggan, Faye Kusairi tak tolak kembangkan perniagaan ARTIKEL BERKAITAN: Faye Kusairi tergerak hati buka gerai nasi ayam ketika hamil anak ketiga, laris setiap hari 'sold out' Kata Nina, sambutan juga sangat memberangsangkan meskipun baru dua minggu dia menjalankan perniagaan itu. "Saya mula dapat idea untuk berniaga apabila melihat di kawasan perumahan saya ini tidak ada penjual yang menjual sarapan pagi. "Jadi daripada situ saya memberitahu suami untuk menjalankan bisnes makanan dengan menjual sandwich dan nasi lemak. Mula-mula saya sendiri risau dengan pandangan yang akan diberikan oleh masyarakat. SITI FAZURINA PELAKON "Alhamdulilah selepas dua minggu memulakan perniagaan, sambutan yang diterima sangat mengalakkan. Daripada sandwich yang terjual sehari dalam empat atau lima paket, sekarang jualan bertambah sehingga puluhan tempahan yang saya terima," ujarnya. Berkongsi cerita lebih lanjut tentang perniagaan baharunya itu, Fazurina turut memberitahu dia sudah tidak mahu mengharapkan tawaran berlakon kerana dunia hiburan kini lebih mengutamakan bakat-bakat baharu. Menyedari situasi tersebut, Fazurina menganggap zaman popularitinya sudah berlalu dan enggan terlalu berharap dalam dunia seni. "Kalau nak mengharapkan tawaran berlakon saja, saya percaya yang kita ini tidak selamanya berada di atas (permintaan tinggi). Fazurina bersyukur dikurniakan suami yang sentiasa memberikan sokongan. "Saya pernah berada di kemuncak kejayaan. Masa mula-mula berlakon saya tidak pernah pegang watak pelakon ekstra. Saya hanya memegang watak utama atau pembantu. "Namun jangan anggap perkara itu menjanjikan kejayaan buat selamanya kerana bukan sebab kita tidak bagus tetapi setiap tahun ramai bakat-bakat baharu yang lahir dalam industri seni ini. "Mungkin bakat kami pelakon lama masih diperlukan cuma saya nasihatkan jangan terlalu berharap atau bergantung kepada bidang lakonan," ujarnya. Untuk rekod, Fazurina mula aktif dalam dunia lakonan sejak tahun 2004 dan antara drama-drama popular yang pernah dibintanginya termasuk Puteri, Biarlah Rahsia, Cinta Batu Belah dan Ceplos. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!