suria

Perjudi kesihatan masyarakat, Sharnaaz tegur peniaga jual produk gula berlebihan - “Habis rosak generasi dek diabetes”

Sharnaaz sekolahkan netizen yang suka minum minuman manis.

PELAKON Sharnaaz Ahmad kesal melihat orang ramai terutamanya golongan muda tidak peka dengan kesan pengambilan gula berlebihan dalam pemakanan seharian.

Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, berkata pengambilan yang tidak terkawal itu akan menyebabkan seseorang berisiko menghadapi penyakit diabetes dan menggesa menghentikan tabiat tersebut.

"Hentikan tabiat orang Malaysia yang bodoh ini!," katanya ringkas.

WhatsApp Image 2024-04-21 at 12.10.02

Sharnaaz tegur sikap penjual yang tidak memikir kesan terhadap pembeli.

Sharnaaz berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya yang turut memaparkan video seorang lelaki sedang membancuh minuman bergas bersama susu pekat manis.

Menurut Sharnaaz, dia tidak memarahi penjual minuman namun bengang dengan sikap segelintir peniaga yang mengambil untung sambil merosakkan kesihatan orang lain.

Katanya, pengambilan gula berlebihan tidak dapat dibilas dengan pengambilan air kosong seperti yang disangka oleh segelintir pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz dan Nabila sepakat bab anak, bawa Jebat bercuti 5 hari ke Pulau Pinang

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad gembira dapat luang masa dengan Jebat - “Aku gagal dalam perkahwinan, tapi pasti menang menjadi bapa terbaik”

"Aku tak marah budak berniaga. Tapi aku marah kalau cuba rosakkan anak-anak muda yang gatal nak cuba benda baru.

"Kandungan gula dalam tu boleh mematikan babi dan juga manusia. Jadi jangan sebab nak viral habis rosak generasi dek diabetes.

"Ada juga si benak cakap, lepas itu kena bilas dengan air kosong baru okay. Kau bilas dengan air gunung Fujiyama pun tetap tak kurang pengambilan gula walau 0.01%!," ujarnya.

Mengikut data pada tahun 2021, sebanyak 20 peratus atau kira-kira 4.5 juta rakyat dewasa di negara ini menghidap kencing manis.

Malaysia juga antara negara di Asia Tenggara yang mencatatkan peningkatan prevalens diabetes yang ketara iaitu daripada 11.2 peratus pada tahun 2011 kepada 18.3 peratus pada tahun 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain