PENYAMPAI radio Fizi Ali berkongsi gelagat isterinya Siti Zulaikha yang sentiasa mengidam mengunyah ketulan ais sejak hamil anak pertama mereka. Menurut Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 37, berkata setiap hari isterinya akan meminta untuk dibelikan ais bagi melepaskan rasa teringin. "Yang tengah mengandung itu mesti ada macam-macam mengidam kan. Tapi orang rumah saya mengidam satu benda iaitu ais. Hari-hari kena ada. Fizi kongsi gelagat isteri yang suka kunyah ais. "Mengidam dia lain macam. Kalau tak bagi barang ini muncung sampai boleh gantung hanger wey," katanya di ruangan kapsyen. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu, Fizi berkongsi gelagat Zulaikha yang teruja apabila menerima ais yang baharu sahaja dibeli dari kedai. Malah tanpa menunggu lama, Zulaikha segera membuka plastik dan mengambil ais memasukkan ke dalam mulut lalu menguyahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Tampil gambar ‘berempat’, isteri Fizi Ali sedang hamil ARTIKEL BERKAITAN: Dah siap-siap beli hadiah sebelum jemput di sekolah, Fizi Ali terlalu gembira akhirnya dapat peluk Ameena Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar Fizi tidak terlalu menuruti pemintaan isterinya yang mahu memakan ais. Katanya, pengambilan ais berlebihan akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. "Pernah dengar nurse cakap makan ais banyak masa mengandung nanti baby akan kuning. "Jangan kerap makan ais, macam saya dulu ikutkan sangat. Bila bersalin mulut baby biru. Rasa menyesal. Antara komen yang ditinggalkan netizen. "Hati-hati, takut nanti baby kena asma bila keluar nanti," antara komen netizen. Pada 10 April lalu, Fizi mengumumkan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi selepas berkongsi foto baby bump isterinya. Untuk rekod, Fizi dan Zulaikha disatukan di pada 23 Oktober tahun lalu. Sebelum ini, Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021. Mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia 5 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!