PELAKON Mimi Lana sempat mengirimkan doa kepada bekas teman lelakinya Syafiq Kyle ketika aktor itu mengerjakan umrah pada awal April lalu. Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 29, berkata, walaupun sudah tidak bersama namun dia juga sentiasa mendoakan perkara yang baik buat Syafiq. "Alhamdulillah saya pun memang ada minta dia doakan saya bila dapat tahu dia ke Makkah. "Saya juga selalu doakan dia," katanya kepada mStar. Syafiq dan Lana masih mengekalkan hubungan baik. Mimi berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan episod pertama siri Astro Originals, Framed yang berlangsung pada malam Jumaat. Enggan mengulas mengenai hubungannya bersama Syafiq, Mimi memberitahu dia menyerahkan jodoh mereka kepada Allah SWT. Menurutnya, tidak manis untuknya mengulas mengenai perkara itu memandangkan dia berada di pihak perempuan. "Saya tak naklah bercakap fasal perkara ini. Kalau saya cakap berulang kali nanti orang cakap saya yang asyik bercakap mengenai perkara itu. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bersederhana tunjuk kesedihan cara Mimi Lana ‘move on’, sudah memaafkan tapi belum melupakan ARTIKEL BERKAITAN: Tampil sedondon dalam sesi fotografi raya, Syafiq dan Mimi Lana kekal sebagai rakan "Ia akan jadi tak seronok, apa boleh saya kata ini semua kerja Tuhan. Insya-Allah follow the flow," kongsinya. Sebelum ini, Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, mengakui ada menyelitkan doa berkenaan hubungannya dengan Mimi ketika berada di Tanah Suci. Meskipun hubungannya dengan Mimi hanya sekadar rakan ketika ini namun menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan. Kisah Mimi dan Syafiq yang membatalkan majlis pernikahan mereka pada 18 Ogos tahun lalu menjadi bualan hangat. Bagaimanapun kedua-dua kini dilihat terus berbaik dan banyak terlibat sama dalam beberapa tawaran kerja. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!