PELAKON Anna Jobling tidak berhak menghalang rakannya iaitu Sarah Yasmine mendedahkan pelbagai perkara berkaitan kontoversi melibatkan Aliff Aziz dan beberapa selebriti lain di media sosialnya. Kata Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 24, dia mungkin akan melakukan tindakan serupa jika berada di kedudukan Sarah. "Saya tiada nak nasihatkan dia sebab saya rasa saya tiada kedudukan untuk berkata begitu lagipun itu media sosial dia... Hak dia untuk cerita apa yang dia nak cerita. Sarah dan Anna merupakan kenalan. "Selagi dia nak bercerita, itu terpulang kepadanya. Cuma apa boleh saya katakan, be safe. "Sebab kalau ia terbaik untuk saya, saya juga akan buat perkara sama walaupun ada yang menasihatkan saya," katanya kepada mStar. Anna berkongsi perkara itu ketika ditemui di Gema Lebaran Anna Jobling, Royale Palace, Cyberjaya, Selangor, pada malam Jumaat. Dalam pada itu, Anna yang turut berkawan rapat dengan Bella Astillah berkata, dia menyokong wanita itu dan berharap isteri Aliff itu kekal tabah mengharungi dugaan. "Saya memang sokong Bella. Saya sayang Bella dan rapat dengannya. ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling kenal Sarah Yasmine, pertama kali jumpa di Singapura... Puji orangnya baik ARTIKEL BERKAITAN: Pernah kongsi foto bersama, netizen kurang senang tengok kekasih gelap Aliff Aziz kawan baik dengan Anna Jobling "Masa isu ini pertama kali keluar, saya ada mesej dia dan kami berjumpa di sebuah acara. Sempat kami berbual dan memberi kata-kata semangat kepadanya," ujarnya. Sementara itu, pelakon Melur Untuk Firdaus menganggap isu kontroversi Aliff yang hangat diperkatakan sekarang sangat rumit seakan-akan drama dalam dunia realiti. Tambah Anna, jadual kerja yang padat sehingga hujung tahun membuatkan dirinya perlu fokus untuk bekerja dan tiada masa untuk mengambil tahu isu kontroversi orang lain. "Saya rasa makin lama makin rumit drama ni, rasa macam tengok drama dalam kehidupan sebenar, saya pun tak tahu nak cakap apa. "Saya bercuti dengan ibu saya sewaktu cerita ini mula tular dan saya balik je terus jalani penggambaran, minggu depan pula saya akan ke Indonesia. Isu Bella, Aliff dan Sarah hangat diperkatakan netizen. "Kemudian jadual saya sehingga hujung tahun padat, tak boleh fikir benda lain selain kerja," jelasnya. Pada Isnin lalu, Sarah mendedahkan dia sudah menjalin hubungan istimewa bersama pelakon Aliff Aziz sejak awal Januari lalu. Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungan mereka selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen akibat ditangkap berkhalwat bersama seorang aktres pada Mac lalu. Pada masa sama, tular foto Sarah bersama Anna didakwa mereka berkawan baik. Malah netizen juga kurang senang serta kecewa apabila mengetahui Anna merupakan teman baik kepada Sarah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!