suria

Mahu cari rezeki halal demi nafkah anak-anak, Hafidz Roshdi dihina kerja Lalamove

Hafidz gembira dengan pekerjaan baharunya sebagai sebagai rakan penghantar Lalamove.

PELAKON Hafidz Roshdi mendedahkan dia kini sudah mempunyai pekerjaan baharu iaitu sebagai rakan penghantar Lalamove.

Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30, bagaimanapun kesal apabila ada segelintir pihak menghina dengan pekerjaannya itu.

"Saya gembira sahaja kerja dengan Lalamove tetapi saya terbaca ada pihak yang menghina kerja saya ini," katanya.

Perkongsian yang dimuat naik oleh Hafidz di Instastory miliknya.

Perkongsian yang dimuat naik oleh Hafidz di Instastory miliknya.

Hafidz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, Hafidz memohon doa orang ramai agar dia dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat bekerja untuk memberikan nafkah yang halal buat anak-anaknya.

"Apa pun doakan saya terus sihat untuk dapat berkhidmat demi pendapatan yang halal dan nafkah anak-anak," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dah naik RM200 sebulan, Shuhada dakwa Hafidz Roshdi masih culas bayar nafkah anak

ARTIKEL BERKAITAN: "Tahulah tak pandai" - Shuhada minta Hafidz Roshdi jangan tunjuk bodoh, gagal beza sebutan dan perbicaraan kes mahkamah

Sebelum ini, bekas isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri pernah mendedahkan aktor tersebut culas membayar nafkah buat kedua-dua anak mereka iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4 tahun.

Kata Shuhada, Hafidz hanya memberi nafkah sebanyak RM100 untuk setiap orang anak mereka.

Bagaimanapun pada Mac lalu, Shuhada memaklumkan Hafidz sudah pun menaikkan jumlah bayaran nafkan untuk anak mereka sebanyak RM200 sebulan.

Hafidz kini suami kepada Athira.

Hafidz kini suami kepada Athira.

Pun begitu, kata Shuhada bekas suaminya itu masih lagi tidak memberikan komitmen sepenuhnya dan culas membayar nafkah.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 sebelum disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, 27 Julai tahun lalu.

Hafidz kemudiannya bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada pada 15 Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain