suria

D'Masiv datang KL buat konsert lagi, pertama kali nyanyi lagu baharu... Tak sabar cari nasi kandar dan Musang King

D’Masiv bakal adakan konsert di Malaysia pada 29 Jun 2024.

SELEPAS kejayaan penganjuran konsert di Kuala Lumpur pada Februari lalu, kumpulan asal Indonesia iaitu D’Masiv sekali lagi bakal menghiburkan peminat di negara ini pada 29 Jun depan.

Enggan peminat bosan dengan konsert mereka itu kelak, kumpulan ini menjanjikan bakal melakukan persembahan berbeza daripada kebiasaan.

Menurut Rian selaku vokalis, istimewa dalam acara Amazing Concert D’Masiv nanti, mereka bakal menyanyi lagu-lagu dalam album baharu.

size NP 1 (35)

D’Masiv kembali adakan konsert di Malaysia dan bakal tampil bersama Mario G Klau.

“Pastinya kami akan tampil dengan susunan muzik berbeza supaya peminat tidak bosan dan mereka tidak dapat meneka lagu yang akan dibawakan.

“Kami juga bakal melancarkan album kelapan pada 20 Mei ini. Jadi buat pertama kali di Malaysia nanti kami akan bawakan lagu-lagu baru secara live,” katanya kepada pemberita.

mStar bertemu kumpulan D’Masiv sempena sidang media konsert berkenaan yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada Khamis lalu.

Tambah Rian membuat persembahan di Malaysia juga cukup bermakna bagi mereka kerana mendapat sambutan hangat peminat termasuk yang datang dari Singapura dan Brunei.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiket konsert D'Masiv licin, Nabila Huda tambah hari kedua... paling best Giring jadi penyanyi jemputan

ARTIKEL BERKAITAN: Dmasiv intai Amy Search dan Bunkface sebagai rakan duet, janji persembahan luar biasa sempena ulang tahun ke-20

Bukan sekadar mengadakan konsert, kesempatan berkunjung ke KL juga digunakan sebaik mungkin untuk menikmati makanan popular di Malaysia.

“Bukan sahaja orang Malaysia malah mereka dari Singapura dan Brunei juga akan turun sama jika kami membuat konsert di KL. Sebab itu kami amat berbesar hati apabila mendapat peluang ini.

“Bukan datang buat konsert sahaja, kami juga suka makanan di sana seperti nasi kandar, nasi lemak dan durian Musang King.

“Kami juga akan ambil peluang untuk bertemu peminat. Ada yang DM (direct message) di Instagram dan kami akan beritahu tempat tinggal,” ujarnya.

Dalam masa sama Rian juga secara peribadi akan cuba mencuri masa untuk mencari album-album lama artis terkenal Malaysia.

size NP 1 (33)

D’Masiv suka makan nasi kandar dan durian Musang King.

Katanya buat masa ini mereka sudah memiliki koleksi album Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Datuk Sudirman, Datuk Shiela Majid dan Anita Sarawak.

Selain Rian, kumpulan ini juga dianggotai oleh Kiki (gitar), Rama (gitar), Rai (bes) dan Wahyu (drum).

Amazing Concert D’Masiv dibawakan oleh JPP Entertainment dari Indonesia dengan kerjasama Creative Page (Malaysia).

Konsert yang berlansung di Arena Megastar Kuala Lumpur itu turut menampillkan Mario G Klau serta duet Sarah Suhairi dan Alfie Zumi.

Tiket konsert boleh didapati di www.ticket2u.com.my.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain