PERSONALITI media sosial Maryam You Narae teruja apabila akhirnya berjaya memiliki senaskah al-Quran terjemahan bahasa Korea selepas sudah lama cuba mencarinya. Maryam, 32, memberitahu dia berjaya mendapatkan kitab suci itu ketika sedang bercuti bersama keluarga di London. “Sudah lama saya cuba cari terjemahan al-Quran lengkap dalam bahasa Korea malah tak jumpa di negara asal saya. Maryam berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Instagram. “Yang ada dengan saya sekarang pun bukan versi lengkap al-Quran,” katanya. Maryam berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya. Dalam pada itu, Maryam memberitahu seorang individu menghadiahkan al-Quran dengan terjemahan bahasa Korea ketika bertemu dengannya ketika bersiar-siar di sekitar London. ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan belum sempurna, ramai terlupa Maryam masih belajar jadi Muslimah terbaik... Lancar produk khimar buat wanita ARTIKEL BERKAITAN: Maryam menangis terima hadiah pakej umrah daripada suami, rupanya sudah setahun pendam hasrat mahu ke Makkah Individu tersebut yang membuka kaunter tentang kefahaman Islam memberitahunya naskhah berkenaan ditakdirkan buat dirinya memandangkan ia terjemahan bahasa Korea terakhir dalam simpanannya. "Ketika di London, saya bertemu dengan seorang lelaki yang sangat baik dan dia masih menyimpan versi bahasa Korea tersebut. "Dia berkata, 'ini adalah yang terakhir yang dimiliki, Allah telah merancang untuk memberikan kepada awak jauh dari London’,” kongsinya. Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga hampir lima tahun. Untuk rekod, Maryam mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Imam Masjid Itaewon, Seoul, Korea Selatan pada Julai 2019. Maryam mendirikan rumah tangga dengan Ryzal atau Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim 32, pada Ogos 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Rina yang kini berusia tiga tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!