suria

Isteri Caprice pertahan tindakan minta pemuda melutut minta maaf, samakan anak dengan haiwan lagi teruk

Elis mengakui hilang sabar dengan tindakan individu yang menghina anaknya.

ISTERI kepada penyanyi rap Caprice tidak berpuas hati apabila ada pihak mempersoalkan tindakan dia meminta individu melutut sambil memohon maaf selepas menghina anak lelakinya.

Fara Inalis atau Elis menjelaskan tindakan menggelar anaknya iaitu Airiel Qashaf sebagai haiwan lebih teruk berbanding menyuruh pemuda berkenaan melutut di hadapannya.

“Ramai rupanya netizen bercita-cita nak jadi ustaz dan ustazah sebab itu ramai yang berceramah.

Copy of Untitled (51)

Elis menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di InstaStory.

“Yang korang bising sangat fasal itu melutut itu, apalah sangat melutut dengan apa pernah dia cakap dekat anak aku,” katanya.

Elis menjelaskan perkara itu dalam satu hantaran di Instastory miliknya pada malam Jumaat.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila Caprice memuat naik video pertemuan dengan individu yang menyamakan wajah anaknya dengan seekor haiwan di kediaman mereka pada petang Jumaat.

Dalam video tersebut, Elis dilihat sedikit beremosi menegur tindakan pemuda itu dan memintanya melutut memohon maaf.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki hina wajah anak melutut minta maaf depan Caprice, isteri... Pilih pergi masjid selesaikan masalah

ARTIKEL BERKAITAN: Dedah wajah individu kutuk suami di IG, rupanya akaun palsu... Isteri Caprice mohon maaf

Dalam pada itu, Elis memberitahu dia tidak akan membenarkan sesiapa menghina bayinya yang baru berusia dua bulan itu sesuka hati.

Jelasnya, tiada ibu boleh sabar apabila melihat anak mereka yang tidak bersalah dihina sedemikian rupa.

“Aku berjuang sehabis daya sampai nak putus nyawa beranak, bukan senang tau.

“Tak sampai 40 hari, senang-senang nak dajalkan anak aku. Cakap anak muka hisap ‘batu’, muka macam b**i.

Copy of Untitled (49)

Caprice dan Elis berusaha keras mengecam identiti lelaki yang menghina anaknya itu.

"Ibu mana boleh tahan, mana aku nak cari kesabaran aku? Setinggi mana iman kau. Kau boleh sabar macam mana kalau orang cakap anak kau macam itu?" ujarnya.

Untuk rekod, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Elis pada November 2022.

Elis juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain