suria

Upload video bayi disangka sudah bersalin, rupanya ada pihak menyamar sebagai Sharifah Amani

Amani bengang akaun tersebut menyebarkan khabar angin palsu yang dia telah bersalin.

PELAKON Sharifah Amani berang apabila ada pihak menyamar sebagai dirinya menerusi sebuah akaun palsu di TikTok.

Kata Amani atau Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 38, individu berkenaan bukan sahaja menggunakan identitinya tetapi menyebarkan berita palsu termasuk mendakwa dia sudah pun selamat bersalin.

“Mohon semua lapor akaun TikTok ini, ia bukan akaun saya.

Copy of Untitled (56)

Amani menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

“Orang ini suka hati cakap saya dah bersalin.

“Dia cakap itu akaun peminat tapi acah-acah bercakap macam saya di sebalik akaun tersebut,” katanya.

Amani menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Amani bakal bergelar ibu, umum hamil anak pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Amani kini isteri CEO, terpikat sikap mudah terhibur suami

Sebelum ini, akaun palsu berkenaan dilihat memuat naik video memaparkan wajah seorang bayi sehingga menimbulkan spekulasi pelakon itu sudah bersalin.

Dalam pada itu, Amani turut mendedahkan semua ahli keluarganyq tidak mendapat akses akaun tersebut selepas disekat pemiliknya.

Jelas Amani, individu berkenaan juga masih aktif memuat naik video tentangnya walaupun sudah memberi amaran.

Copy of Untitled (57)

Amani mendawa individu tersebut telah menyekat suami dan keluarganya.

"Dia usaha block saya, suami dan adik-beradik saya, mohon bantu hentikan berita palsu ini.

"Masih ada, likes dan followers makin meningkat. Gila sanggup jadi orang lain, tipu orang demi duit," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain