BEKAS anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya memilih melangsungkan perkahwinan pada usia muda kerana enggan berjauhan dengan suaminya yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pelakon Rozie Othman, 62, berkata, suami mahu membawa Syasya mengikutnya ke luar negara atau terpaksa melupakan hubungan mereka jika tidak berkahwin. "Suami Syasya nak sambung belajar dan mahu ikatan mereka sah sebagai suami isteri. Jika diikutkan Syasya masih belum bersedia tapi suaminya kata kalau tidak (mahu berkahwin) nak cari orang lain. "Saya kecewa juga apabila pulang dari Makkah dapat tahu Syasya nak bernikah. Saya ada tanya kenapa tergesa-gesa? Tapi mereka sudah rancang sejak awal. Rozie berasa kecewa apabila Syasya mahu mendirikan rumah tangga ketika kerjaya berada di puncak. "Tapi itu semua ketentuan dan kuasa Allah," kata Rozie yang merupakan nenek Syasya kepada mStar. Dalam pada itu, Rozie buat masa ini suami Syasya tidak bekerja kerana bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak lama lagi. Sebagai nenek, Rozie juga ada menasihati cucunya agar bijak menjaga diri dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik. ARTIKEL BERKAITAN: Rozie Othman kecewa cucu keluar Dolla, Syasya dan suami sambung pengajian di luar negara ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mudah tinggalkan Dolla, Syasya terpaksa buat keputusan sukar demi kelangsungan hidup "Buat masa sekarang suami Syasya tak bekerja sebab akan sambung belajar tak lama lagi. "Saya ada pesan pada Syasya agar dia jadi isteri yang baik dan solehah kepada suaminya dan sentiasa jaga diri apabila berada di tempat orang nanti. Kalau suatu hari nanti nak buat kemunculan semula, kena pandai bawa diri dan jaga nama baik suami," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Rozie memberitahu pasangan itu akan diraikan dalam sebuah majlis kenduri pada 8 Jun ini di sebuah dewan sekitar Kuala Lumpur. Rozie doakan yang terbaik buat cucunya. Pada 8 April lalu, Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, mengundurkan diri daripada Dolla atas sebab peribadi. Bagaimanapun pada 21 April lalu, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan Syasya sudah selamat bergelar isteri. Ia susulan foto pernikahan Syasya dan suami tersebar di media sosial. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!