suria

Isu laga 2 buah negara tak sepatutnya berlaku, Alyph anggap Malaysia macam rumah sendiri 

Alyph tidak mahu terlibat dengan kontroversi yang tiada kaitan dengan dirinya.

PENDEDAHAN kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine yang mengaitkan ramai selebriti tempatan mewujudkan ketegangan di antara rakyat Malaysia dan Singapura.

Ramai rakyat negara ini berang dengan tindakan Sarah yang juga warganegara Singapura kerana menganggap tindakannya itu melampaui batas dan membuatkan industri hiburan tempatan kecoh dengan pelbagai kontroversi.

Penyanyi dan komposer Alyph berpendapat isu melaga-lagakan dua buah negara ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi pada zaman sekarang.

Alyph atau Alif Abdullah, 34, juga mengambil pendekatan untuk tidak melibatkan diri dalam sebarang kontroversi selagi ia tidak melibatkan dia dan keluarga.

Copy of Untitled - 2024-05-14T231123.226

Alyph percaya isu sentimen kenegaraan tidak perlu dibangkitkan.

"Kita sudah berada di tahun 2024! Saya ingat kita semua sudah maju dan tiada lagi konsep ini tetapi nampaknya masih ada yang membangkitkan isu ini.

"Muzik saya tiada pasport dan bukan warganegara mana-mana negara. Jadi apa yang terjadi kepada orang yang bukan keluarga saya, bukan hal saya," katanya kepada mStar.

Alyph berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu terbaharunya berjudul Dari Jauh yang berlangsung di Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam pada itu, Alyph berkongsi bukan tanggungjawab selebriti untuk menjaga imej negara sebaliknya mereka perlu fokus kepada kerjaya dan karya dihasilkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz buat hal, Alyph pula kena hadap kecaman... Fokus kerjaya, tak bimbang dipangkah netizen Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas ‘Swipe’ cipta fenomena, Alyph minta pendengar ‘Check’ diri sendiri

"Paling penting fokus pada apa yang kita nak buat, beban tersebut saya tak rasa kami juga perlu angkut.

"Kita pun belum jaga diri kita dulu, macam mana nak jaga nama negara? Kita kene pastikan diri kita terjaga dengan sebaik mungkin," ujarnya.

Menurut penyanyi itu, dia mengakui sudah tidak merasa terasing malah menganggap Malaysia kini seperti rumahnya sendiri.

"Saya mula datang sini sejujurnya saya rasa saya orang luar. Lama kelamaan saya tak rasa yang saya orang luar.

Muzik saya tiada pasport dan bukan warganegara mana-mana negara.

ALYPH

PENYANYI/ KOMPOSER

"Saya dah tiada rasa macam minggu ini saya 'datang' Malaysia, sudah hilang perasaan itu pada saya," katanya.

Mengulas apabila ada yang memukul rata kesalahan dilakukan sehingga mengaitkan selebriti yang tiada kaitan, Alyph percaya semua orang mempunyai pendapat berbeza.

Jelas plantun lagu Swipe itu, dia sedar yang manusia ini mempunyai pelbagai ragam dan perangai.

"Saya tak terima tapi saya faham komen-komen macam ini. Itu pendapat mereka, dan ini pula pendapat saya.

Copy of Untitled - 2024-05-14T231053.455

Alyph menonjolkan sisi romantik menerusi lagu Dari Jauh.

"Tapi lepas apa yang terjadi, saya sedar yang rupanya macam-macam jenis orang dalam dunia ini," jelasnya.

Bercakap mengenai Dari Jauh, Alyph memberitahu lagu berkenaan adalah ciptaan komposer dan penulis lirik dari Indonesia iaitu Kenny Gabriel dan Teddy Adhitya.

Berbeza dengan muzik yang diketengahkan sebelum ini, lagu tersebut menonjolkan sisi romantik Alyph dalam nyanyian.

Lebih istimewa, muzik video Dari Jauh juga dirakamkan di Indonesia.

Artikel Lain