suria

“Who’s that?” - Dituduh tak cakna tentang ‘All Eyes on Rafah’, IG Ning Baizura diserang netizen

IG Ning diserang gara-gara dituduh tidak sensitif isu Rafah.

NETIZEN meluahkan rasa bengang dan sedih terhadap Ning Baizura susulan penyanyi terkenal itu tidak memberi respon bertanya siapa 'Rafah' ketika muncul menerusi video siaran langsung di Instagram miliknya.

Ning atau Ning Baizura Sheikh Hamzah, 49, memberi respon spontan itu selepas penonton video siaran langsung itu meninggalkan komen 'All Eyes on Rafah'.

"All eyes on Rafah... Who's that?," katanya sambil tersenyum ketika membaca komen tersebut.

NP-77

Ning dikecam kerana dituduh tidak sensitif isu di Palestin.

Ramai menyifatkan Ning tidak cakna dan peka terhadap isu penting dan berasa tidak logik penyanyi lagu Awan Terpilu itu tidak mengetahui mengenai penindasan dan kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin.

Malah ketika ini, seluruh dunia sedang memberi tumpuan kepada nasib rakyat Palestin yang diserang bertubi-tubi di lokasi terakhir mereka berlindung iaitu Rafah.

"Fasal Rafah lagi-lagi 'All Eyes on Rafah' memang lalu setiap masa di semua media sosial. Tak sangka dia tak tahu langsung.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah 48 tahun tapi masih steady”... Persembahan bertenaga Ning Baizura dipuji, peminat terkejut sangka artis luar negara

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukannya masa bulan Ramadan” - Ning Baizura dah lali isu pakaian seksi, dulu mungkin menangis kena maki

"Tak kan la tak ambil tahu langsung kejadian di Rafah? Sedihnya.

"Sedihnya tengok jenis macam ini... Tak kan sikit pun tak ambil tahu tentang apa yang terjadi di Palestin?," komen netizen.

Hasil tinjauan mStar di Instagram Ning juga mendapat, netizen mula menyerang ruang komen hantaran penyanyi itu dengan 'All Eyes on Rafah'.

NP-78

Antara komen netizen yang mengecam Ning Baizura.

Komen itu dilihat sebagai satu bentuk sindiran dalam mengingatkan penyanyi itu tentang Rafah.

Sementara itu, ramai juga mahu memboikot Ning dengan menyekat akaun media sosialnya sebagai pengajaran kepada penyanyi tersebut.

Apatah lagi ketika ini, gerakan Blockout2024 sedang hangat diperkatakan netizen dan mahu memasukkan nama Ning dalam senarai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain