suria

Tiada keperluan hadir ke mahkamah, Ippo Hafiz tak terima saman tuntutan cerai isteri

Ippo (kanan) menunggu Fara untuk serahan dokumen tuntutan cerai.

SUSULAN dakwaan dua kali tidak hadir sebutan kes cerai, penyanyi Ippo Hafiz tidak pernah menerima sebarang saman berhubung tuntutan dibuat isterinya, Fara Roslan.

Peguam mewakili Ippo iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan menjelaskan tiada keperluan penyanyi itu hadir ke mahkamah jika tiada sebarang penyerahan dokumen dibuat kepada anak guamnya.

"Setakat ini tiada sebarang penyerahan saman daripada pihak plaintif (Fara). Sepatutnya kena serahkan dokumen itu secara sempurna barulah Ippo boleh hadir ke mahkamah.

TOP ippo - 1

Fara mendakwa tidak dapat berhubung dengan Ippo.

"Kenapa perlu hadir tanpa mengetahui apa tuntutan sebenar yang dibuat isterinya. Jika tidak diserahkan kepada Ippo pun, boleh melalui saya sebagai peguam," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Fakhrul menjelaskan perkara itu bagi menjawab dakwaan Fara atau Norfarahin Roslan, 36, berhubung kegagalan Ippo hadir ke sebutan kes cerai selepas memfailkan cerai pada Februari lalu.

Dalam pada itu, Fakhrul memberi jaminan Ippo atau Muhammad Hafiz Yaziz, 34, sedia mengikut semua prosedur mahkamah jika ia dilaksanakan dengan betul.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri fail cerai sejak Februari, Ippo Hafiz 2 kali tak datang sebutan kes

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kakak kandung tak tahu masalah sebenar dengan isteri, Ippo Hafiz hantar notis enggan isu jadi besar

Katanya, Fara harus lebih proaktif jika dia mahu menyelesaikan kes penceraian mereka dengan segera dan Ippo tidak pernah melarikan diri.

"Ippo tak pernah lari... Kalau tak dapat hubungi Ippo, pihak sana boleh telefon saya. Malah dalam sebutan kes nusyuz sebelum ini, pihak mereka ada menyatakan tentang tuntutan cerai namun tidak pernah menyerahkan dokumen berkaitan.

"Usaha perlu dibuat, jika dia (Fara) mahu cepat kenalah lebih proaktif. Kenapa tidak serahkan ketika bertemu di mahkamah sebelum ini? Jika terima dokumen tersebut, Ippo sedia mengikut prosedur mahkamah," ujarnya.

Ippo tak pernah lari... Kalau tak dapat hubungi Ippo, pihak sana boleh telefon saya

FAKHRUL AZMAN

PEGUAM SYARIE

Tambahnya dia bersama Ippo masih belum berbincang lanjut tentang tuntutan cerai yang dibuat oleh Fara.

Malah penyanyi itu lebih fokus untuk perbicaraan kes nusyuz yang kini masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Ampang.

"Ippo masih belum buat keputusan untuk cerai atau tidak sebab dia memikirkan anak-anak. Setakat ini saya hanya mewakili untuk kes nusyuz sahaja, berkaitan cerai kami belum berbincang lagi," jelasnya.

ippo hafiz 1

Ippo belum fikir soal cerai.

Dalam temu bual bersama mStar, Fara meminta Ippo untuk memberi kerjasama hadir ke mahkamah selepas dua kali gagal berbuat demikian.

Berkaitan ke nusyuz pula, ia difaialkan oleh Ippo susulan isterianya itu tidak pulang ke rumah sejak November tahun lalu.

Untuk rekod Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain