ISTERI Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan mendakwa penyanyi dan komposer itu sudah dua kali gagal menghadirkan diri ke mahkamah bagi sebutan kes penceraian mereka. Fara atau Norfarahin Roslan, 36, berkata, dia memfailkan cerai terhadap Ippo pada Februari lalu dan menggesa Ippo hadir ke mahkamah menyelesaikan isu rumah tangga mereka. "Saya sudah failkan cerai Februari 2024 dan sebutan pertama kes pada April lalu namun dia tak datang. Fara ketika hadir di mahkamah pada Selasa. "Hari ini pun dia tak datang. Jadi sebab itu saya harap dia beri kerjasama selesaikan isu ini," katanya ketika dihubungi mStar. Fara hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi sebutan kes tersebut pada Selasa namun ia ditangguhkan pada 21 April ini. Dalam pada itu, Fara nekad menuntut cerai kerana sudah tiada lagi persefahaman di antara mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri luah rasa rindu, sindir kenyataan Ippo Hafiz tak halang jumpa anak - “Tipu dosa” ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kakak kandung tak tahu masalah sebenar dengan isteri, Ippo Hafiz hantar notis enggan isu jadi besar "Kalau boleh kita tidak mahu perkara ini berlaku namun jika tiada keharmonian dalam rumah tangga, bagaimana hendak teruskan? Saya rasa ini adalah jalan terbaik. "Saya faham hak cerai itu di tangan suami, namun jika dia mahu selamatkan rumah tangga ini buatlah dengan cara betul. Kita selesaikan secara baik. Masing-masing ada tanggungjawab," ujarnya. Menurut Fara lagi dia tidak dapat menghubungi Ippo sejak awal Februari lalu selepas penyanyi berkenaan mengambil anak kedua mereka. Kita selesaikan secara baik. Masing-masing ada tanggungjawab FARA ROSLAN ISTERI IPPO HAFIZ "Saya pun tidak tahu apa yang dia mahukan. Saya telefon tidak jawab, mesej juga tidak balas. Sedangkan saya tidak pernah halang dia untuk berjumpa atau datang ke rumah. "Saya memang tidak berjumpa anak sejak dia ambil keluar. Katanya mahu hantar semula tetapi tidak sehingga hari ini," jelasnya. Pada 12 Mac lalu, Ippo atau Muhammad Hafiz Yaziz, 34, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Ampang bagi sebutan kes nusyuz yang difailkan terhadap Fara. Fara juga mendakwa dia sukar menghubungi Ippo. Tuntutan tersebut dibuat susulan isterinya itu tidak pulang ke rumah sejak November tahun lalu. Untuk rekod Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Anak sulung mereka bernama Yusuf kini di bawah jagaan Fara sementara anak bongsu iaitu Ibrahim bersama Ippo. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!