PELAKON Scha Alyahya menegaskan tiada siapa berhak menghukum pekerjaan dan rezeki seseorang sehingga tergamak melemparkan kata-kata cacian dan hinaan yang boleh mengguris hati. Scha atau Sharifah Nor Azean Mahadzir Al-Yahya, 41, sikap suka menanam kebencian sepatutnya tidak patut berlaku hanya kerana seseorang tidak sealiran dengan mereka. "Siapa kita untuk menjatuhkan hukum pada kehidupan dan rezeki seseorang? Jangan kita tanam kebencian dan sebar permusuhan hanya kerana tidak sealiran dengan anda. Scha tampil mempertahankan diri susulan gerakan Blockout2024. "Caci maki dan hinaan itu adakah dihalalkan? Jangan lupa, dosa sesama manusia," katanya. Scha berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada malam Isnin. Dalam pada itu, Scha berkata, dia percaya rezeki yang dikurniakan kepadanya adalah daripada Allah. ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar terpaksa promosi produk dikaitkan Israel kerana bimbang disaman, ambil serius gerakan boikot selebriti ARTIKEL BERKAITAN: Giliran Daiyan Trisha pertahan diri, tunjuk bukti buat sumbangan ke tabung Palestin cecah RM100,000 Kata Scha dia tiada kuasa untuk menolak rezeki yang telah ditetapkan untuk dirinya. "Setiap seorang daripada kita sudah ditetapkan rezekinya oleh Allah. Baik saya, keluarga saya atau anda semua. "Apa pun pekerjaan yang kita buat, itu jugalah rezeki yang sudah diaturkan. Tapi siapa kita untuk menidakkan ketentuan Allah," katanya. Pasangan ini kecam teruk kerana didakwa masih bekerjasama dengan jenama Pro Israel. Sebelum ini, nama Scha hangat diperkatakan apabila tersenarai dalam gerakan Blockout2024 selepas didakwa masih menjalinkan Selain Scha, antara selebriti Malaysia yang tersenarai adalah Nadhir Nasar, Nabila Razali, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa, Awal Ashaari dan ramai lagi. Rata-rata netizen mula menyahikut dan menyekat media sosial selebriti kegemaran mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!