PELAKON Ramona Zamzam menyifatkan tindakan segelintir selebriti tempatan bersuara dan menunjukkan soladariti terhadap Palestin selepas nama mereka muncul dalam senarai boikot sebagai tidak ikhlas. Ramona atau Ros Ramona Zamzam, 34, berkata, tindakan tersebut sepatutnya dilakukan sejak awal dan bukannya selepas gerakan Blockout2024 tercetus. "Sesetengah daripada korang yang tak pernah post satu apa pun sekarang dah masuk senarai blockout, baru terhegeh-hegeh nak upload. Ramona membuat perkongsian itu di Instagram miliknya. "Tapi nak tahu tak, saya tak percayakan korang. Korang tak ikhlas, korang tak pernah peduli. "Sekarang baru nak cakap fasal Gaza... Di mana sebelum ini korang sepatutnya menggunakan platform yang ada untuk bersuara tentang perkara ini," katanya. Ramona meluahkan kekesalannya itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Selasa. Jelas pelakon itu, tujuan selebriti-selebriti tersebut tiba-tiba bersuara kerana hanya mementingkan wang dan takut diri mereka diboikot. ARTIKEL BERKAITAN: Dahlia Rizal bukan duta produk pro Israel, hanya sebagai model - “Saya minta maaf” ARTIKEL BERKAITAN: Henti tanam kebencian, Scha Alyahya ingatkan tentang dosa sesama manusia "Yang korang kisah adalah duit dan populariti. Korang yang pencinta duit ni, korang tak akan menemukan cinta sejati," ujarnya. Dalam pada itu, Ramona turut menyelar tindakan netizen yang menyebarkan kebencian melalui kata-kata makian terhadapat selebriti tersebut. Menurutnya, tindakan menyahikut dan menyekat perlu dibuat secara profesional dan beradab. "Dan netizen pun, tak payah la nak maki-maki, kecam-kecam di page mereka. Ramona antara selebriti yang sering bersuara berhubung isu Palestin. "Kalau korang betul-betul ikhlas dengan niat itu dan nak block mereka, lakukan secara profesional dan bertamadun," katanya. Sebelum ini, wujud gerakan Blockout2024 bagi memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. Gerakan tersebut disambut baik oleh netizen Malaysia yang juga menyenaraikan beberapa nama artis yang dipercayai masih bekerjasama dengan jenama pro Israel. Rata-rata netizen mula menyahikut dan menyekat media sosial selebriti kegemaran mereka. Susulan itu, ramai selebriti tempatan yang mula bersuara dan mempertahankan diri mereka termasuklah, Nadhir Nasar, Mira Filzah, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Daiyan Trisha. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!