suria

Babak dalam kelab malam buat Haneesya Hanee trauma, bimbang netizen ungkit kisah lama

Haneesya terharu dengan penerimaan positif penonton menerusi drama Aku Bukan Ustazah.

PELAKON dan model Haneesya Hanee berkongsi kepayahan membawakan watak Sally menerusi drama Aku Bukan Ustazah yang didakwa mempunyai kaitan dengan masa silamnya.

Haneesya atau Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 24, berkata, dia berdepan detik sukar untuk membawakan watak tersebut kerana masih trauma dengan apa yang berlaku.

Kata Haneesya, mengenangkan permintaan peminat yang merindui kemunculannya di televisyen, aktres berkenaan menyahut cabaran meskipun watak dibawa itu boleh memakan diri sendiri.

"Korang tak tahu sebenarnya susah untuk saya bawa watak ini kerana ia mengundang rasa trauma saya.

Haneesya (tengah) bersama barisan pelakon Aku Bukan Ustazah, Erysha (kiri) dan Shaza.

Haneesya (tengah) bersama barisan pelakon Aku Bukan Ustazah, Erysha (kiri) dan Shaza.

"Habis sahaja babak tersebut tangan dan badan saya menggeletar. Ia sangat sukar bagi saya.

"Saya teringat peminat yang sudah lama ingin menonton saya berlakon semula dan saya lakukan ini semua untuk mereka... Walaupun membawakan watak Sally ini mungkin akan makan diri sendiri," katanya.

Haneesya berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Haneesya memberitahu dia hampir melepaskan tawaran watak diberikan kerana tidak mahu mengimbau masa lampau yang pernah menghantui dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee bukan wanita bersama Aliff Aziz dalam bas, pelik nama kena petik netizen - "Aku ada kereta sendiri"

ARTIKEL BERKAITAN: Pesta arak... Haneesya Hanee mengaku salah, gelaran juara Dewi Remaja dilucutkan

Menurut Haneesya, babak di kelab malam yang dilakonkannya itu mungkin akan mengundang kembali kecaman dalam kalangan netizen.

"Sebenarnya saya tidak mahu ambil watak Sally ini sebab kalau korang perasan, awal-awal dah ada babak pergi kelab malam dan mabuk.

"Dengan sejarah lampau yang saya lalui, risiko untuk saya dikecam semula oleh netizen sangat tinggi.

"Sebolehnya saya tidak mahu ada kaitan dengan masa lampau dan mahu ia berlalu pergi," ujarnya.

Haneesya bagaimanapun meluahkan rasa terharu dengan maklum balas positif diterima daripada penonton selepas menonton drama tersebut.

Aktres berkenaan turut berharap kemunculannya itu bakal membuka mata penerbit untuk memberikan lebih banyak tawaran berlakon selepas ini.

"Menerima maklum balas positif daripada penonton membuatkan saya rasa bersyukur dan terharu sangat. Terima kasih ia sangat bermakna untuk saya.

"Saya harap selepas ini lebih banyak pihak produksi yang akan melihat bakat saya dan memberi peluang untuk saya berlakon lagi.

Gelaran juara Dewi Remaja Haneesya pernah dilucutkan kerana isu minum arak.

Gelaran juara Dewi Remaja Haneesya pernah dilucutkan kerana isu minum arak.

"Sebenarnya saya hampir putus asa dalam industri lakonan ini kerana saya sudah lama tidak dapat peluang untuk berlakon. Tapi apabila respon positif yang diterima daripada peminat, korang buat saya tidak berputus asa," katanya.

Pada Januari 2019, penyebaran video pesta arak melibatkannya menjadi punca kemenangan Haneesya sebagai juara Dewi Remaja 2018/2019 dalam pertandingan tersebut dilucutkan.

Penarikan gelaran itu diumumkan oleh Pengarang Majalah Remaja iaitu Faiz Aimman selepas pihaknya kesal dengan insiden tersebut apabila Haneesya melanggar syarat penyertaan dan kontrak pertandingan itu.

Isu berkenaan menjadi pendebatan hangat netizen termasuklah mempertikaikan kredibiliti juaran pertandingan itu selepas tersebar video memperlihatkan Haneesya bersama rakan-rakannya berpesta sambil minum arak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain