suria

Gara-gara nasihat jangan melampau boikot artis, Naim Daniel terima komen kesat sampai ibu bapa pun diugut

Naim dikecam sehingga ada yang memberikan komen berbaur ugutan.

GARA-GARA berkongsi pendapat dan nasihat mengenai gerakan Blockout 2024, pelakon dan penyanyi Naim Daniel menerima ugutan serta kata-kata kesat daripada netizen di media sosial.

Kata Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, dia kecewa dengan perkara berkenaan kerana dirinya sendiri tidak pernah lupa tentang pergolakan yang sedang berlaku di bumi Palestin.

Kata Naim lagi, nasihatnya mengenai gerakan tersebut telah disalah erti oleh segelintir warganet sehingga menyebabkan dia menerima kecaman hebat.

size NP 1 - 2024-05-15T085340.999

Naim dikecam gara-gara beri pandangan mengenai gerakan Blockout 2024.

"Jika ini adalah sebahagian daripada cara untuk #blockout2024 maka terangkan kepada saya apakah dihalalkan untuk mengugut, menghina, memfitnah, mencaci maki tanpa usul periksa atas nama boikot?

"Saya dididik penuh hikmah dan sopan oleh kedua orang tua saya yang juga beragama Islam. Saya tidak pernah menidakkan kesengsaraan mahupun kezaliman saudara mara sedarah seagama di Palestin sana.

"Hanya kerana saya berpesan supaya jangan melampau dalam memboikot, sehingga perlu menghina perkara yang tidak ada kena mengena dengan perkara yang diboikotkan.

"Saya berpesan supaya tidak bersifat melampau sehingga mampu mewujudkan cabang dosa dalam masa kita cuba melakukan sesuatu atas nama kebaikan. Saya dikatakan ‘terpaling’. Malah siap ada mereka mereka yang menyalah erti dan menggunakan naratif yang berbeza bagi menentang saya," katanya menerusi Instagram pada malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel bukan anti agamawan, cuma geram individu berjubah tunggang agama

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pun ada cela” - Naim Daniel sedar diri tidak sempurna, tak mahu lagi terlalu lantang bersuara

Dalam hantaran sama, aktor itu turut berkongsi beberapa paparan skrin memaparkan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh netizen.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sumpah ini turut menegaskan dia sama sekali tidak pernah menerima sebarang bentuk tajaan yang berkaitan pihak Zionis.

"Malah saya juga tidak pernah menerima sebarang bentuk tajaan barangan mewah dari jenama yang menyokong rejim laknatullah.

"Saya dilahirkan dengan kalimah Lailahaillallah ditelinga oleh orang tua saya dan semoga saya mati dalam kalimah agung ini kelak hendaknya.

"Jadi, terangkan kepada saya, apakah ini semua, yang baru dalam berapa dalam ribuan komentar yang saya dapat dalam masa dua hari ini, adalah halal atas dasar boikot?” jelasnya.

size NP 1 - 2024-05-15T085317.349

Antara tangkap layar kecaman yang diterima oleh Naim.

Sebelum ini, Naim menyifatkan mereka yang melancarkan gerakan tersebut sebagai tidak beradab kerana menjatuhkan hukuman sesuka hati.

Gerakan Blockout2024 diwujudkan bagi memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Gerakan tersebut disambut baik oleh netizen Malaysia yang juga menyenaraikan beberapa nama artis yang dipercayai masih bekerjasama dengan jenama pro Israel.

Rata-rata netizen mula menyahikut dan menyekat media sosial selebriti kegemaran mereka.

Susulan itu, ramai selebriti tempatan yang mula bersuara dan mempertahankan diri mereka termasuklah, Nadhir Nasar, Mira Filzah, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Daiyan Trisha

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain