suria

“Macam 3 musim jadi pengacara” - Aaisyah hos jemputan Nona, Che Ta tak sangka anak ada bakat

Rozita tumpang bangga dengan bakat dimiliki Aaisyah.

PELAKON Rozita Che Wan tumpang bangga melihat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana menjadi pengacara jemputan rancangan Nona bersama Amyra Rosli pada Ahad.

Kata Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 50, awalnya dia bimbang anaknya tidak berminat namun tidak menyangka menyambut baik lamaran pihak produksi.

“Semasa dapat tawaran Nona, kami cakap nak tanya Aaisyah dulu, kalau dia tidak berminat susah dia merentan pula di set.

aosyajh 1

Aaisyah ketika di set penggambaran Nona.

"Mummy bukannya rajin sangat duduk di set. Daddy dia pula tidak bagi kalau kacau hari sekolah. Tetapi Aaisyah sendiri tergedik-gedik mahu. Mummy setuju sahaja," katanya.

Rozita berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad yang turut memaparkan Aaisyah sedang duduk sopan di atas kerusi semasa merakamkan rancangan berkenaan.

Kata Rozita dia tidak menyangka Aaisyah pandai membawa diri di set penggambaran selain menunjukkan sisi yang matang yang jarang dilihat.

Malah dia juga tidak menyangka Aaisyah mempunyai bakat mengacara dengan baik meskipun ini pengalaman pertamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Muka kau pun macam siku...” - Rozita Che Wan bengang netizen kutuk wajah Fathia, minta henti budaya ‘face shaming’

ARTIKEL BERKAITAN: Sarung tudung sebab dibayar, Rozita Che Wan minta selebriti malu pada Allah

"Cara duduk macam tiga musim jadi pengacara. Sakan yang ini pun.

"Tak sangka dia berkelakuan baik di set. Rupanya, besar sudah anak dara kami,” kongsinya.

Kata Rozita semasa dalam perjalanan ke set penggambaran Aaisyah memberitahu dia ingin menjadi seorang juruterbang apabila dewasa kelak.

nona 1

Aaisyah bergandingan bersama Amyra di rancangan Nona.

Namun semasa ditemu bual, Aaisyah dengan yakin mahu menjadi pengacara televisyen dan menggantikan Amyra suatu hari nanti.

"Nak jadi pengacara televisyen mungkin nanti boleh ganti Aunty Myra," kongsinya.

Untuk rekod, Aaisyah merupakan anak hasil perkongsian hidup Rozita bersama suaminya pelakon Zain Saidin.

Mereka juga mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain