suria

Peminat minta kembali aktif sebagai penyanyi, Hafiz Suip kata dia sudah tak relevan

Ramai peminat yang merindui kehadiran Hafiz di dalam industri.

PENYANYI Hafiz Suip menyifatkan dirinya sudah tidak relevan apabila ramai memintanya kembali dengan lagu baharu.

Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 34, memberi jawapan itu ketika membalas komen seorang pengguna TikTok yang memberitahu merindui kehadirannya sebagai penyanyi.

"Tak relevan dah," katanya ringkas.

Copy of Untitled (24)

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan komen Hafiz.

Membaca komen merendah diri Hafiz, peminat bagaimanapun memberitahu apa diperkatakan adalah tidak benar malah masih ramai menyukai dan merindukan lagu terbaharu daripadanya.

Susulan itu, ramai peminat memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi yang terkenal dengan lagu Awan Nano itu.

"Awak selamanya relevan, bro!

"Saya suka suara Hafiz, tolong kembali semula," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip luah rindu anak-anak, kapsyen ‘goyah ke tu?’ undang spekulasi peminat

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan sembang macam kenal aku” - Dituduh abai tanggungjawab, Hafiz Suip terhibur komen netizen tentang rumah tangganya

Sebelum ini, Hafiz dikatakan hilang selepas menyahaktifkan akaun Instagram miliknya pada 16 Mei lalu.

Malah timbul pula gosip mengatakan rumah tangganya dengan isteri iaitu Nureffy Jesreel Abdullah dikatakan sedang bergolak.

Susulan itu, Hafiz tampil meminta orang ramai untuk berhenti membuat spekulasi berhubung rumah tangganya tanpa mengetahui cerita sebenar.

Untuk rekod, Hafiz memulakan kerjaya sebagai penyanyi sejak 2009 menerusi program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain