MENGAKUI kesilapan mengambil bahan terlarang, penyanyi Cliff Umar memberitahu dia menyesali perbuatannya itu. Cliff atau Abdullah Umar Joseph, 42, berkata, tindakannya mengambil dadah adalah keputusan terburuk yang pernah dilakukannya. "Hanya Tuhan sahaja tahu saya menyesalinya. Cliff berkongsi luahan di Instagram. "Jika anda ingin tahu kenapa saya buat perkara itu, saya sama seperti anda semua. Kadang-kadang saya buat pilihan buruk dalam hidup," katanya. Cliff berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu. Dalam pada itu, Cliff memberitahu detik dia ditahan atas kesalahan memiliki dadah jenis heroin pada 26 Mei lalu adalah tamparan untuk dia mengubah hidupnya. ARTIKEL BERKAITAN: Berdepan hukuman penjara sehingga 5 tahun, juara GV7 Cliff Umar mengaku salah miliki heroin ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu terkejut diumum juara GV7, Cliff Umar akui tak fikir dulu sebelum cakap - “Irritating yang saya maksudkan bila cakap pakai face mask di atas pentas” Malah Cliff turut menasihati masyarakat agar tidak mendekati najis dadah kerana ia bukan sahaja merugikan tetapi akan dimalukan seperti seorang penjenayah. "Jangan ambil dadah! Melainkan anda nak dimalukan seperti seorang penjenayah dan terpampang di media sosial serta berita nasional. "Ini adalah petanda untuk saya berubah menjadi lebih baik. Ini semua adalah terbaik untuk saya tinggalkan semua ini dan memulakan hidup baru," jelasnya. Cliff kongsi nasihat agar tidak terlibat dengan dadah. Penyanyi itu turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya iaitu Anita kerana sentiasa memberi sokongan ketika dia berdepan dakwaan memiliki bahan terlarang. Malah Cliff memberitahu dia pastinya akan buntu jika tanpa kehadiran isteri tersayang di sisinya. "Jika tidak kerana awak (isteri), mungkin saya sudah tiada. Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. Saya tidak akan kecewakan awak lagi," ucapnya. Cliff sebelum ini pernah bergelar juara GV7. Pada Khamis lalu Cliff mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam kerana memiliki dadah jenis heroin seberat 0.39 gram. Juara program Gagar Vaganza musim ke-7 ini ditahan pihak berkuasa di Subang Jaya atas kesalahan tersebut. Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan laporan kimia ditetapkan 31 Julai depan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!