PASANGAN pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza selamat menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka pada Jumaat. Berkongsi berita gembira tersebut, Zahirah atau Nur Zahirah Macwilson Zainul Macwilson, 29, memaklumkan bayi perempuan itu dilahirkan pada pukul 8.58 malam. Zahirah selamat bersalin di sebuah pusat perubatan di Perth, Australia. Aiman sempat berkongsi kenangan sebelum isterinya bersalin. "Alhamdulillah, kami kini menjadi keluarga berempat. Selamat datang ke dunia, Inara Raisa. "Terima kasih atas segala doa dan ucapan. Kami rasa dirahmati. Semoga Allah melindungi awal dengan rahmat wahai Inara," katanya. Zahirah berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan bertambah 10 kilogram, Zahirah Macwilson suka makan nasi sejak hamil anak kedua ARTIKEL BERKAITAN: Aiman dan Zahirah buat acara ‘gender reveal’, bakal timang bayi perempuan Dia juga turut memuat naik gambar bersama Aiman serta anak sulung mereka Isaac Raees. Sebelum itu Aiman juga memaklumkan Zahirah berada di pusat perubatan berkenaan sebelum menyambut kelahiran anak mereka. Untuk rekod Zahiran dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan anak sulung mereka kini berusia tiga tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!