SANGGUP berbelanja besar demi anak, pelakon Anzalna Nasir memberitahu dia tidak mengharapkan wang daripada suami untuk berbuat demikian. Kata Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 36, dia apa yang dibelanjakan untuk anak-anaknya adalah hasil usaha sendiri. Malah sebelum mendirikan rumah tangga, pelakon ini juga sudah bijak mengatur kewangan demi masa depan. Anzalna sanggup berbelanja besar untuk anak-anak. "Saya adalah wanita yang tidak mengharapkan lelaki. Sebelum berkahwin memang dah sediakan segalanya untuk masa depan saya dan anak-anak," katanya. Anzalna menulis perkara itu ketika menjawab komen pengikut di media yang sosial yang bertanyakan tentang kerjaya suaminya, Hanif Zaki sehingga dia mampu berbelanja besar. Menjelaskan tentang hadiah yang diberikan sempena ulang tahun anak sulungnya iaitu Mohamad Eidress, pelakon itu memberitahu dia menggunakan duit simpanan sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Duit bukan segalanya, anak sulung Anzalna dapat hadiah RM10,000 serta dompet mewah sempena hari jadi ke-5 ARTIKEL BERKAITAN: Peminat macam tak percaya Anzalna Nasir baik hati, siap dapat banyak diskaun dan hadiah daripadanya "Tidak semua perempuan hidup mengharapkan duit lelaki untuk nampak mewah. Bukan berlagak, tetapi perempuan sekarang ramai yang bekerjaya dan bijak menguruskan kewangan. "Kalau suami hulurkankan duit... Alhamdulillah. Hidup jangan sesekali mengharapkan orang lain," ujarnya. Sebelum ini video Anzalna memberi wang berjumla RM10,000 dan dompet jenama mewah buat Eidress tular dan menjadi bualan ramai. Video Anzalna meraikan ulang tahun anaknya mencuri tumpuan ramai. Menerusi hantaran tersebut Anzalna meminta anaknya itu memilih hadiah sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-5 pada 31 Mei lalu. Tambah pelakon ini juga dia tidak berkira dalam soal duit berbanding kebahagiaan bergelar seorang ibu. Untuk rekod Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016. Selain Eidrees mereka juga memiliki seorang lagi cahaya mata iaitu Mohamad Emirhan, 2 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!