PELAWAK Shuib dan isterinya iaitu Watie Hanifiah mengambil keputusan meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka dengan membawa anak-anak bercuti di sebuah pulau. Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, berkata, dia bimbang jika hanya pergi berdua bersama Shuib mereka hanya menghabiskan masa di bilik hotel. "Kenapa kita bawa anak-anak bersama sebab bahaya pergi berdua. Kita akan terkurung di dalam bilik tak keluar-keluar. Watie dan Shuib meraikan ulang tahun perkahwinan di sebuah pulau. "Jadi penyelesaiannya adalah bawalah anak-anak sekali," katanya menerusi Instagram. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik, Watie dan Shuib dilihat bersama Uwais, Talita dan Matin sedang berada di lapangan terbang menunggu penerbangan mereka. Shuib juga dilihat memberikan ciuman dan pelukan kepada anak-anaknya. ARTIKEL BERKAITAN: Anak tiri suka peluk Watie Hanifiah, puji layanan sama seperti arwah ibu ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuib kena kecam dalam video live, anak tiri tampil 'back up' Watie Hanifiah - "Saya ini baran tau" Dalam pada itu, pelawak tersebut turut berkongsi momen mereka sekeluarga menaiki bot menuju ke sebuah pulau yang tidak didedahkan lokasinya. Ketika tiba di hotel penginapan mereka, Shuib juga sempat merakamkan keindahan pulau tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Watie. "Syukur, terima kasih mummy (panggilan Watie)," ujarnya. Shuib dan Watie tidak pernah berenggang dengan anak-anak. Untuk rekod, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023. Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!