suria

Aliff Aziz kembali tersenyum, ibu percaya anak berjaya harungi masa sukar

Ibu percaya ada sinar disebalik kontroversi melanda Aliff.

IBU kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza gembira melihat anaknya kembali tersenyum selepas berdepan pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini.

Kata Hafiza, dia percaya anak lelakinya itu akan berjaya mengharungi ujian menimpa dirinya meskipun mengambil sedikit masa.

"Perlahan-lahan tapi pasti awak dapat melaluinya anak kesayangan saya. Sentiasa muhasabah diri sendiri pasti Allah akan tunjukkan jalan.

aliff 1

Senyuman Aliff buat ibu lega.

"Gembira lihat awak tersenyum semula setelah sekian lama," katanya.

Hafiza berkongsi perkara itu di Instagram miliknya yang turut memaparkan foto Aliff, 33, mengenakan baju berwarna hitam sambil ketawa.

Dalam pada itu, Hafizah juga meminta agar Aliff memperbaiki dirinya agar menjadi insan lebih baik.

Malah dia bersama ahli keluarga sentiasa mendoakan yang terbaik buat Aliff.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aliff Aziz tenang layan netizen... Siap doakan individu hina anak seperti binatang, tuduh ada penyakit

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aliff Aziz muncul kembali, kongsi kata-kata positif selepas anak dan Bella Astillah sah cerai

"Belajar dari kehilafan dan berazam menjadi insan yang lebih baik kerana Allah. Kita semua pendosa tapi Allah maha penyanyang.

"Perkara yang lepas biarkan berlalu yang penting sekarang dan masa depan. Yang terpenting adalah pengakhiran kita.

"Umi, ayah dan adik-adik sentiasa mendoakan. Sudah lama kami tidak melihat awak tersenyum," kongsinya.

Sementara itu, menjengah ke Instagram Aliff turut berkongsi foto yang sama dan disertakan petikan kata dari penulis Inggeris iaitu C.S. Lewis.

553

Hafiza sentiasa berada di belakang Aliff.

"Anda tidak boleh kembali untuk mengubah permulaan tapi boleh bermula di mana anda berada dan mengubah pengakhiran," kongsinya.

Sebelum ini, Hafiza kembali menjadi perhatian ramai apabila mengaktifkan semula akaun Instagram miliknya selepas kes penceraian di antara anaknya, Aliff dan Bella Astillah selesai.

Pada 13 Jun lalu, Aliff dan Bella sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

2748135

Aliff dan Bella bercerai sekali lagi pada 13 Jun lalu.

Bella memfailkan permohonan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu susulan pelakon itu dicekup berkhalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac 2024.

Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7 dan Ara Adreanna, 4 tahun.

Pasangan ini juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain