suria

Lady Gaga sarung busana rekaan Rizman Ruzaini, pelaburan RM3 juta dapatkan Naomi Campbell mula nampak hasil

Rizman Ruzaini gembira dengan kerjayaan dicapai setakat ini.

PEREKA fesyen Rizman Ruzaini (RR) sekali lagi melakar sejarah baharu apabila busana rekaannya disarung penyanyi terkenal Lady Gaga ketika mengadakan persembahan residensi di Las Vegas.

Gaga mengenakan gaun labuh berwarna merah hati rekaan RR itu yang turut dihiasi ribuan batu Swarovski.

Penyanyi berkenaan dilihat menawan dalam persalinan tersebut ketika menyanyikan lagu popularnya Americano.

lg 2

Gaga nampak menawan mengenakan gaun berwarna merah hati.

Persembahan residensi Gaga iaitu Piano and Jazz di Dolby Live at Park MGM Las Vegas yang berlangsung sejak 19 Jun hingga 6 Julai 2024.

Ini merupakan kejayaan kedua RR selepas model legenda Naomi Campbell pernah memperaga busana rekaan mereka di Minggu Fesyen Dubai pada Oktober tahun lalu.

Pasangan pereka fesyen itu mendedahkan membayar RM3 juta bagi menempah model terkemuka itu untuk menggayakan pakaian mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Naomi Campbell peraga busana Rizman Ruzaini di Dubai Fashion Week, akhirnya impian jadi kenyataan

ARTIKEL BERKAITAN: Rizman Ruzaini tubuh RR Empire, mahu bantu orang ramai jana pendapatan tanpa modal... siap dapat latihan percuma!

Kegembiraan itu juga dikongsi pereka fesyen itu menerusi Instagram yang menunjuk proses pakaian itu dihasilkan secara terperinci.

"Telefon Paparazi kerana kami berada di The Edge of Glory! Ini adalah Lady Gaga mengenakan rekaan khas Rizman Ruzaini ketika membuat persembahan Americano di residensi Las Vegas.

"Ini membuatkan kami ingin melepaskan segalanya dan Just Dance," kongsinya.

lg 3

Rekaan Rizman Ruzaini semakin mendapat pemintaan di luar negara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang berbangga melihat kejayaan pereka fesyen berkenaan.

Mereka juga menganggap pelaburan jutaan ringgit mereka di Dubai sebelum ini sedang membuahkan hasil.

"Another milestone! Tak sabar nak tunggu siapa seterusnya.

"Pelaburan yang berbaloi! Makin ramai kenal Rizman Ruzaini lepas ini," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain