suria

Bahu Masayu rasa pikul beban, tanggal kebaya merah baru rasa ringan... Babak berendam bersama 7 ekor ular paling mendebarkan

Masayu sukakan cabaran dalam setiap lakonannya.

BUKAN kali pertama berlakon filem seram namun Paku Tanah Jawa memberi pengalaman mistik yang baharu buat pelakon Indonesia, Masayu Anastasia.

Berkongsi pengalaman tersebut, Masayu, 40, berkata dia terasa seperti bahunya memikul beban semasa melakonkan babak tarian dalam filem berkenaan.

Bagaimanapun semuanya kembali pulih selepas dia menanggalkan baju kebaya merah dan membuka segala aksesori tarian yang dipakai.

masayu 1

Antara babak yang buat Masayu meremang.

"Semasa penggambaran memang banyak kali saya lalui pengalaman mistik.

"Ketika saya menari untuk salah satu babak bahu saya terasa berat seperti ada yang menindih.

"Saya juga mengalami sesak nafas dan tidak dapat gerakkan leher ke kiri dan kanan selama beberapa hari," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Masayu menyesal berpisah dengan Lembu, anak berubah jadi introvert

ARTIKEL BERKAITAN: “Punggung keluar darah campur karat...” - Mengaku pasang susuk pelaris, Elly Sugigi tetap tak tinggal solat

Masayu berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Tayangan Perdana Filem Paku Tanah Jawa yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana dirinya bukan seorang yang penakut selain pihak kru produksi menyediakan pengamal perubatan Islam sebagai langkah berjaga-jaga.

"Saya banyakkan berdoa dan ustaz ada di sana. Saya diberikan air kosong yang sudah dibacakan ayat al-Quran untuk minum agar pulih kembali," ujarnya.

Bukan itu sahaja, Masayu mengakui berendam bersama tujuh ekor ular di dalam kolam merupakan satu cabaran buat dirinya.

Saya beranikan diri berlakon babak itu atas dasar profesionalisme.

MASAYU ANASTASIA

PELAKON INDONESIA

Dia yang dahulunya takut dengan haiwan berbisa itu kini sudah terbiasa memegangnya selepas menjayakan watak Handini.

"Ketika babak di dalam kolam ada tujuh ekor ular di dalamnya. Yang paling panjang tujuh meter dan penggambaran itu pukul 1 pagi.

"Saya beranikan diri berlakon babak itu atas dasar profesionalisme untuk menghasilkan naskhah yang baik," kongsinya.

PTJ09200 (1)

MK turut dililit ular bagi menjayakan wataknya.

Selain Masayu, filem Paku Tanah Jawa juga dibintangi Gisellma Firmansyah, Landung Simatupang serta dua artis Malaysia iaitu Hasif Upin dan MK K-Clique.

Filem terbitan Armani Entertaiment itu seorang wanita bernama Handini yang merupakan penyanyi dan penari di kampungnya namun tanpa disangka dia melakukan perjanjian bersama ketua ajaran sesat.

Paku Tanah Jawa bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Jun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain