suria

Mahu kahwinkan Aliff Aziz dan Ruhainies di Thailand, ibu minta henti sebar fitnah - “Usah jadi orang suruhan...”

Siti Hafiza kesal dengan tindakan pihak menabur fitnah terhadap dia dan anaknya.

IBU pelakon Aliff Aziz kesal apabila timbul khabar angin kononnya dia bercadang menghawinkan anaknya itu dengan aktres Ruhainies di Thailand.

Siti Hafiza Basharahil menyifatkan tindakan individu menyebar fitnah tersebut sebagai 'orang suruhan' dan tidak berbaloi untuk menjawab di akhirat kelak.

"Usah jadi orang suruhan, tidak berbaloi di akhirat kelak Alhamdulillah," katanya.

Copy of Untitled - 2024-06-22T134109.675

Fiza menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

Siti Hafiza meluahkan kekesalan itu di Instagram miliknya pada Sabtu.

Menerusi hantaran sama, Siti Hafiza turut memaparkan tangkap layar berita bertajuk 'Siti Hafiza ibu Aliff Aziz bercadang nak kahwinkan Ruhainies dan Aliff di Thailand tahun ini'.

Susulan itu, Siti Hafiza meminta pihak tidak bertanggungjawab itu berhenti menabur fitnah atau menyebarkan spekulasi tidak benar tentang keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz kembali tersenyum, ibu percaya anak berjaya harungi masa sukar

ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka seperti lembu dicucuk hidung” - Ibu Aliff Aziz terima ratusan DM setiap hari, kasihan netizen penat tulis mesej maki hamun

"Allahuakbar sudah sudahlah menabur cerita dan fitnah!

Sebelum ini, Hafiza kembali menjadi perhatian ramai apabila mengaktifkan semula akaun Instagram miliknya selepas kes penceraian di antara Aliff dan Bella Astillah selesai.

Pada 13 Jun lalu, Aliff dan Bella sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

alip33 - 1

Aliff dan Bella sah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.

Bella memfailkan permohonan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu susulan pelakon itu dicekup berkhalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac 2024.

Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7 dan Ara Adreanna, 4 tahun.

Pasangan ini juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain