suria

Soffwany Yusoff tak guna kabel suami dapat ‘job’ berlakon, Raja Afiq pun suruh bergerak sendiri 

Soffwany bersyukur rezeki diterima ketika menemani suaminya berkerja.

PELAKON Soffwany Yusoff tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan suaminya iaitu aktor Raja Afiq menceburi bidang lakonan.

Soffwany atau Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff, 35, sebaliknya berkata, Afiq sendiri pernah berpesan agar dia bergerak sendiri jika ingin membina nama sebagai pelakon.

"Saya tak guna nama suami dan dia pun pesan suruh bergerak sendiri.

Copy of Untitled - 2024-06-21T174340.771

Soffwany patuh permintaan Afiq untuk bergerak sendiri.

"Sebelum ini ada juga yang bangkitkan isu saya guna kabel suami tapi saya buat tak tahu saja.

"Apa yang orang kata tak pernah ganggu pemikiran saya dan terima apa pendapat mereka," katanya kepada mStar.

Soffwany menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Polis Peronda yang diadakan pada Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah bergurau nak jadi ‘extra’ dalam drama ‘Gerak Khas’, polis viral Soffwany tak sangka Yusof Haslam suruh berlakon dengan suami

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat sangka Soffwany hamil... rupa-rupanya badan berisi sebab Raja Afiq rajin masak! - “Dia main campak-campak je tapi memang sedap”

Dalam pada itu, Soffwany memberitahu dia tidak pernah merancang menjadi seorang pelakon.

Jelasnya, ada pihak mula memberikan tawaran selepas dia kerap menemani Afiq di lokasi penggambaran.

"Kebanyakan tawaran itu semua memang spontan dan tidak dirancang pun.

Saya tak guna nama suami dan dia pun pesan suruh bergerak sendiri.

SOFFWANY YUSOFF

PELAKON

"Rezeki saya dapat tawaran berlakon apabila teman suami di set penggambaran," jelasnya.

Pun begitu kata Soffwany, Afiq banyak berkongsi ilmu lakonan dan memberi bimbingan bagi memastikan dia tidak kekok apabila berada di hadapan kamera.

"Alhamdulillah saya sangat beruntung kerana dia banyak mengajar saya dari segi lakonan.

Copy of Untitled - 2024-06-21T174629.814

Soffwany teruja dapat bergandingan dengan suaminya dalam drama Polis Peronda.

"Saya banyak rujuk suami tanya dia macam mana berlakon depan kamera sebab berlakon ini lain, kita tak boleh pandang kamera," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Soffwany teruja apabila bakal muncul dengan drama aksi Polis Peronda bermula 28 Jun ini di TV3.

Drama terbitan Skop Production itu diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam dan Syafiq Yusof.

Selain Soffwany, drama ini turut dibintangi oleh Shah Iskandar, Ramona Zamzam, Raja Afiq dan Puteri Sarah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain