suria

[V] Teguran lembut jentik hati buat perubahan, suami antara punca Siti Jamumall berhijab

Siti bersyukur dipertemukan dengan Aiman yang banyak mengubahnya ke arah kebaikan.

SUAMI antara pendorong usahawan Siti Jamumall melakukan banyak perubahan dalam menjadi seorang muslimah lebih baik termasuk mula memakai hijab.

Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 25, berkata, sifat tidak memaksa dan teguran lembut suaminya iaitu Aiman Tak Kesah membuka pintu hatinya untuk ikhlas berubah.

"Sejak dengan dia banyak perubahan yang saya lakukan termasuk daripada segi kehidupan, percakapan dan pakaian.

"Suami menjadi antara pendorong sebab dia didik saya tanpa memaksa dan teguran dia sangat lembut tanpa mengguris hati.

2756704

Aiman antara faktor Siti berubah menjadi manusia yang lebih baik.

"Tahu-tahu saya dah pakai tudung dan saya sendiri ikhlas melakukan perkara itu dan doakan semoga saya kekal istiqamah," katanya kepada mStar.

Siti sebelum ini mengejutkan peminat selepas mengaku sudah mendirikan rumah tangga dengan Aiman di Satun, Thailand pada 1 Jun lalu.

Mereka melangsungkan perkahwinan selepas Siti bertindak membatalkan majlis perkahwinannya bersama bekas tunang yang sepatutnya berlangsung sehari sebelum itu.

Bercakap mengenai kehidupan berumah tangga, Siti memberitahu buat masa ini dia dan suami mahu menikmati masa bersama sebelum berfikir tentang cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Jamumall kembali bergelar isteri, pilih Aiman Tak Kesah sebagai suami

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Siti Jamumall nekad nikah dengan Aiman Tak Kesah selepas buat solat istikharah, rugi RM70,000 gara-gara batal kahwin bekas tunang

Kata Siti dia masih mempunyai masa untuk hamil kerana mahu menutup 'kilang' apabila usianya mencecah 32 tahun.

"Kalau ikutkan nak santai dulu tapi rasanya tak lama sebab saya pun dah berusia 25 tahun.

"Saya ada enam ke tujuh tahun lagi untuk hamil sebab selepas itu mahu fokus besarkan anak-anak sahaja," jelasnya.

Sementara itu, Aiman atau Khairul Aiman Ahmad Kudus, 21, pula berhasrat memilih empat orang cahaya mata jika diberikan rezeki anak.

2742345

Siti dan Aiman berkahwin pada 1 Jun lalu di Thailand.

Menyukai kanak-kanak dan keluarga yang besar, Aiman berharap impian itu terlaksana suatu hari nanti.

"Saya kalau ada rezeki mahu empat orang anak pun sudah cukup baik. Tambah dua (anak tiri) dan enam. Jadi meriah keluarga kami," ujarnya.

Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai dua tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain