SELEPAS menyangkal dakwaan mahu mengahwinkan Aliff Aziz dengan Ruhainies di Thailand, ibu aktor berkenaan menukar nada soal berkenaan. Siti Hafiz Basharahil berkata, dia tidak menolak jika Aliff bertemu jodoh dengan Ruhainies kerana dia tidak mampu menghalang jika itu adalah ketentuan Allah. "Ada yang cakap kita nak kahwinkan anak di selatan Thailand. Apa-apa pun jika itu yang terbaik, kita aminkan. "Bukankah jodoh, pertemuan, ajal, maut, perkahwinan dan penceraian itu semua Allah yang tentukan?," katanya. Siti Hafiza mengulas perkara itu dalam satu hantaran video di Instagram. Hafiza mengulas perkara itu menerusi sebuah hantaran video di Instagram miliknya pada Sabtu. Dalam pada itu, Siti Hafiza turut meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik untuk anaknya. "Kalau dah jodoh kan, saya tahu ramai orang yang mendoakannya!" katanya. Sebelum ini, Siti Hafiza menafikan khabar angin kononnya dia bercadang mengahwinkan Aliff dengan aktres Ruhainies di Thailand. ARTIKEL BERKAITAN: Mahu kahwinkan Aliff Aziz dan Ruhainies di Thailand, ibu minta henti sebar fitnah - “Usah jadi orang suruhan...” ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz kembali tersenyum, ibu percaya anak berjaya harungi masa sukar Malah dia turut meminta mana-mana pihak untuk berhenti menyebar fitnah tentang keluarganya. Walaupun kesal dengan tindakan individu berkenaan, Fiza memberitahu dia sudah ikhlas memaafkan mereka yang memulakan spekulasi tersebut. "Saya pun tertanya juga siapa yang temu bual saya eh? "Cukup-cukuplah, kita maafkan semua yang berjuang keluarkan cerita-cerita yang macam ini," ujarnya. Aliff dan Bella sah bercarai talak satu pada 13 Jun lalu. Sebelum ini, Hafiza kembali menjadi perhatian ramai apabila mengaktifkan semula akaun Instagram miliknya selepas kes penceraian di antara Aliff dan Bella Astillah selesai. Pada 13 Jun lalu, Aliff dan Bella sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bella memfailkan permohonan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu susulan pelakon itu dicekup berkhalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac 2024. Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7 dan Ara Adreanna, 4 tahun. Pasangan ini juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh idah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!