KETIKA kepayahan hidupnya menjadi perhatian ramai, dua anak pelakon veteran Dharma Harun turut menjadi sasaran kecaman apabila didakwa tidak menjalankan tanggungjawab membantu bapanya. Ia susulan dua anak Dharma iaitu Siti Qurratu Aini dan Muhammad Al Syafiq Mohammad Azman masih belajar dan tidak mempunyai pekerjaan walaupun masing-masing sudah berusia pertengahan 30-an. Terkesan dengan tuduhan tersebut, Syafiq, 35, memberitahu bapanya menangis apabila membaca komen negatif yang dilemparkan netizen terhadap mereka adik-beradik. Syafiq ambil pendekatan berdiam apabila dikecam. Syafiq bagaimanapun enggan menyalahkan mana-mana pihak kerana orang luar tidak tahu realiti sebenar kehidupan mereka sekeluarga. "Dia menangis apabila orang bercakap tentang anak-anaknya. Dia tahu saya bekerja siang dan malam dan bukan tidak membantu keluarga. "Ayah minta guna media sosial untuk menjawab tuduhan itu tapi saya tak mahu cepat melatah. Cukup kami sekeluarga tahu dan yakin suatu hari nanti Allah akan tunjuk kebenaran. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Isma Aliff akhirnya dapat jumpa anak selepas setahun, paling seronok boleh peluk 2 cucu ARTIKEL BERKAITAN: [V] Akhirnya terima ketentuan Allah, bapa sudah maafkan pembunuh Along Spoon "Saya pun tak boleh nak salahkan mereka yang bercakap sebab tidak tahu perkara sebenar," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu. Walaupun sedang berdepan tempoh sukar, Syafiq bagaimanapun memberitahu ia bukan alasan untuk mereka mengeluh kerana percaya ada rezeki buat dia sekeluarga. "Kalau nak katakan hidup kami susah sekarang itu tidak adil. Ramai lagi yang hidup susah. Cukup kami sekeluarga tahu dan yakin suatu hari nanti Allah akan tunjuk kebenaran Muhammad Al Syafiq Mohammad Azman PELAKON "Ketika kisah keluarga mendapat liputan, ramai yang beri bantuan. Saya bersyukur dengan kehidupan sekarang," ujarnya. Bercerita mengenai dirinya, Syafiq memberitahu dia sebenarnya sudah membabitkan diri dalam dunia lakonan sejak tahun 2012. Bagaimanapun namanya masih belum cukup komersial dan dikenali ramai dan berharap selepas ini lebih banyak menerima tawaran berlakon daripada pihak produksi. "Jika ada tawaran saya terbuka demi membantu keluarga selain meneruskan legasi ayah sebab nama Dharma Harun itu cukup besar dan saya tidak mahu ia berhenti setakat itu sahaja," katanya. Syafiq mahu teruskan legasi bapa. Syafiq yang kini merupakan pelajar asasi di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan berhajat untuk meneruskan pengajian peringkat sarjana muda dalam bidang teater. Kisah Dharma dan keluarga menjadi tumpuan ramai sebelum ini apabila dia dikatakan mengalami kesukaran untuk membayar tunggakan bayaran sewa rumah sebanyak RM7,500. Ia susulan dirinya sendiri kini tiada pendapatan tetap dan tidak banyak menerima tawaran kerja disebabkan masalah kesihatan. Dharma juga berdepan masalah kewangan selepas program terbitan syarikat produksi miliknya tidak terjual selepas membelanjakan sebuah dana berjumlah RM312,000 untuk tujuan penggambaran. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!