SELEPAS berteka-teki tentang keadaan kesihatannya, penyanyi Azharina mengesahkan dia menghidap kanser dan perlu menjalani pembedahan dalam masa terdekat. Azharina, 39, bagaimanapun masih belum dapat berkongsi jenis kanser dihidapi memandangkan masih perlu menjalani beberapa lagi pemeriksaan berkaitan penyakitnya. Kata penyanyi lagu Elergi Sepi ini, dia sepatutnya menjalani dua pembedahan besar namun terpaksa ditangguhkan bagi membolehkan dia menyelesaikan beberapa tugas yang belum selesai. Azharina kuat melawan penyakit kanser. “Saya didiagnos kanser tetapi belum boleh dikongsi kerana masih menunggu keputusan yang tepat dalam tempoh dua minggu lagi. “Sepatutnya saya menjalani pembedahan bariatrik minggu depan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ada beberapa kerja yang perlu dilunaskan. “Pembedahan itu terpaksa dilakukan atas nasihat doktor akibat masalah kesihatan memandangkan saya suka makan. Satu lagi pembedahan pula melibatkan kanser yang masih belum dikenali pasti,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Alami pendarahan teruk semasa ASGV, Azharina Azhar kongsi masalah kesihatannya... Doktor nasihat perlu jalani kimoterapi ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nampak sihat tapi rupanya Azharina sedang derita penyakit bahaya Azharina berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Realiti duet bersama Kozae yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Rabu. Dalam pada itu, Azharina memberitahu dia mengambil keputusan menangguhkan pembedahan berkenaan kerana ia memerlukan proses pemulihan yang panjang. Tidak hanya kanser, Azharina memberitahu dia juga menderita penyakit diabetes sejak dua tahun lalu. Saya kena tempuh ujian ini walaupun perit dan menyakitkan AZHARINA PENYANYI Meskipun rutin harian dan emsoinya terganggu disebabkan penyakit tersebut namun dia mahu kekal positif. “Saya juga insan biasa, kalau sakit tentulah akan menangis. Biasanya saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan. “Tetapi saya selalu ingatkan perlu positif demi anak-anak dan pekerja. Apa pun yang terjadi hidup tetap perlu diteruskan. Azharina pernah mendedahkan dirinya sakit ketika menyertai ASGV. “Saya kena tempuh ujian ini walaupun perit dan menyakitkan,” katanya. Sebelum ini menerusi satu temu bual podcast, Azharina memberitahu dia menghidap penyakit misteri selepas mengalami pendarahan teruk semasa berada di rancangan realiti All Star Gegar Vaganza (ASGV) pada 2023. Walaupun tidak mendedahkan secara khusus namun doktor yang merawatnya ada menasihatkan agar dia menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!