BEKAS isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada tampil membuat laporan polis selepas mendakwa aktor berkenaan mendedahkan dokumen mahkamah berkaitan kes mereka di media sosial. Menurut Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, dia mengambil tindakan itu susulan perkongsian tersebut turut membabitkan maruah keluarga yang tidak sepatutnya dikongsi kepada umum. "Saya tak pernah buat begini. Selama ini kalau marah sekalipun saya akan diam sahaja. Dia mencabar kesabaran saya. Shuhada minta Hafidz selesaikan kemelut antara mereka hanya di mahkamah. "Lebih teruk lagi dia menyentuh keluarga dengan mengatakan ibu saya sebagai pengkhianat dan sebab itu saya buat laporan polis," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu. Shuhada membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Arau, Perlis pada Khamis selepas Hafidz menggunakan akaun sosial media palsu dan mendedahkan maklumat tentang mereka. Dalam pada itu, Shuhada memberitahu Hafidz juga sudah mengakui penyebaran dokumen mahkamah tersebut adalah angkaranya. ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada lancar perang! Dedah perbualan lucah Hafidz Roshdi ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh bekas isteri dedah perbualan lucah bersama wanita, Hafidz Roshdi tampil bersuara tuduhan culas bayar nafkah anak Kata Shuhada, pihak polis berjaya menghubungi aktor itu dan memintanya memadam semua hantaran tersebut. "Polis hubungi Hafidz di hadapan saya dan minta dia turunkan semua kenyataan yang telah dibuat. “Malah dia sendiri mengaku semua perbuatan tersebut adalah dari pihaknya menggunakan akaun palsu," ujarnya. Tak sabar nak jumpa dia dan cakap elok selesaikan semua ini di mahkamah NURUL SHUHADA Pada pagi Khamis, kecoh di media sosial apabila Hafidz dan Shuhada saling berbalas kenyataan termasuk isu nafkah anak yang dikatakan tidak berjalan secara baik. Malah Shuhada juga secara terbuka mendedahkan perbualan lucah antara Hafidz dengan seorang wanita di Instagram miliknya. Shuhada juga memberi amaran kepada Hafidz agar tidak mengulangi perbuatan tersebut dan terus menyelesaikan isu antara mereka hanya di mahkamah. Shuhada tegas pertahankan keluarga. "Tak sabar nak jumpa dia dan cakap elok selesaikan semua ini di mahkamah. “Saya pun tidak akan keluarkan sebarang kenyataan tentang dirinya di sosial media. Jangan jolok sarang tebuan,” tegasnya. Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30, mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai 2023. Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umarr, 4 tahun. Hafidz kemudiannya bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada pada 15 Disember tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!