suria

[V] Alyah kongsi cerita pemilihan nama anak angkat, dapat ilham dari sebuah restoran di R&R Ayer Keroh

PERTAMA kali bergelar ibu, penyanyi Datin Alyah berkongsi cerita bagaimana dia memilih nama buat anak angkatnya iaitu Nur Izzara.

Alyah atau Nor Hasliah Abu Hassan, 43, berkata nama anaknya itu diambil dari sebuah restoran di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Ayer Keroh, Melaka.

"Saya tak pernah ada pengalaman sebelum ini tapi nama anak saya ini diambil ketika saya singgah ke R&R dan ada restoran Izzara di situ.

alyah 11

Hidup Alyah dan Tok Ram berseri selepas hadirnya Izzara.

"Saya nak letak nama Izara Aishah tapi risau orang keliru dan ibu saya pula nasihat untuk letak Nur jadilah Nur Izzara," katanya kepada mStar.

Berkongsi lebih lanjut, Alyah mengakui dia masih dalam proses untuk menjadi ibu namun perasaan enggan berjauhan dengan anak sudah mula timbul.

Katanya, perasaan menjaga cahaya mata sulung sangat memberi perubahan besar dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perancangan terbaik Allah buatnya, Alyah perkenal Nur Izzara kepada peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan semakin pulih, Alyah menangis dapat makan donut air tangan ibu

"Saya masih lagi dalam proses menjadi ibu sebab pengalaman menjaga anak saudara berlainan dengan Izzara yang ada 24 jam bersama saya," katanya.

Dalam pada itu, Alyah menganggap Izzara sebagai rezeki buatnya dan suami, Datuk Ramli MS memandangakan mereka tidak pernah merancang mengambil anak angkat.

Malah dia juga lebih selesa merahsiakan latar belakang anaknya itu.

Saya memang tak pernah rancang untuk ada anak angkat.

DATIN ALYAH

PENYANYI

"Saya memang tak pernah rancang untuk ada anak angkat... ramai nak beri tapi saya tak nak sebab komitmen anak ini bukan macam kucing.

"Tapi selepas dapat panggilan haji saya dapat bayi ini setelah dua hari dia dilahirkan.

"Saya tak boleh nak kongsi sebab apa ibu bapanya tidak menjaga dia tapi saya rasa ini rezeki saya dan Tok Ram," luahnya.

alyah1 - 1

Alyah sebelum ini kongsi dirinya melakukan majlis cukur jambul puterinya.

Pada Jun lalu, Alyah berkongsi khabar gembira dengan kehadiran orang baharu di dalam keluarganya.

Malah dalam hantaran di Instagram itu, Alyah turut berkongsi sekitar majlis cukur jambul dan aqiqah anak perempuannya.

Untuk rekod, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Ramli pada 2013 di Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain