suria

Elly Arifin sedang perbaiki diri sendiri, cari calon suami jaga solat

Elly Arifin tertarik dengan lelaki yang menjaga solat.

SUDAH lama melupakan Jiggy Masin, pelakon Elly Arifin menegaskan punca dia masih menjanda tiada kaitan dengan bekas suaminya itu.

Elly atau Nurul Elyana Kamalul Arifin, 35, sebaliknya berkata, dia selesa hidup solo tanpa terikat dengan mana-mana lelaki.

"Ramai menganggap saya tak berkahwin semula sebab saya tak 'move on' dari Jiggy sedangkan saya memang seorang yang terlalu suka berkerja.

Copy of Untitled - 2024-07-13T164451.407

Elly lebih selesa hidup solo dan fokus pada kerjaya.

"Saya terlebih berdikari dan rapat dengan keluarga, bukan saya cakap saya tak perlukan pasangan hidup tetapi jodoh saya belum sampai lagi," katanya kepada mStar.

Bukan menolak jodoh, namun Elly menjelaskan dia masih belum dipertemukan dengan lelaki yang tepat.

Jelasnya, dia sendiri perlu banyak memperbaiki diri sendiri sebelum berfikir mengakhiri zaman jandanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bercerai tapi tak bermusuh... Jiggy, Elly Ariffin ingat kenangan manis bersama dahulu

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Arifin pergi berubat seorang diri sebab percaya ustaz, kesal pemakaian dikaitkan punca cabul

"Saya tidak menafikan yang saya sedang berkawan dengan beberapa orang tapi hati saya masih belum terbuka untuk ke fasa seterusnya.

"Saya kena fokus terhadap diri saya dulu untuk perbaiki segala kekurangan pada diri dahulu baru fikir tentang benda lain.

"Pasangan itu adalah cerminan diri saya, kalau saya nak dipertemukan dengan orang yang baik, saya kena perbetulkan diri saya dahulu," jelasnya.

Ramai menganggap saya tak berkahwin semula sebab saya tak 'move on' dari Jiggy.

ELLY ARIFIN

PELAKON/PENGACARA

Mengulas tentang ciri-ciri lelaki idamannya, Elly berkongsi dia kini tertarik dengan lelaki yang menjaga solat.

Selain rupa paras dan sifat yang baik, pelakon itu berpendapat kriteria tersebut amat penting memandangkan lelaki dipilih akan menjadi imam untuk memimpin keluarga.

"Saya suka lelaki yang kulit gelap sedikit, badan tegap dan ada aura seorang pelindung.

553 (7)

Perkahwinan Elly dan Jiggy tidak beratahan lama apabila mereka bercerai pada 2020.

"Tapi yang paling penting adalah solat. Dia solat cukup atau tak? Itu yang saya tengok dulu.

"Umur-umur macam ini saya sangat pentingkan perkara itu. Kalau solat pun tak, macam mana dia nak jaga kita dan keluarga?" katanya.

Untuk rekod, Elly mendirikan rumah tangga bersama pelakon Jiggy pada 9 Sepetember 2016 namun bercerai pada Januari 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain