DITUDUH kehidupan ditaja oleh seorang ‘sugar mummy’, pelakon dan penyanyi Fikry Kiki berharap fitnah itu dapat dihentikan. Sedar diri tidak sepopular artis lain, Fikry atau Muhammad Fikry Izzudin Mohd Fuad, 20, dia masih mampu membezakan pahala dan dosa malah mengingati pesanan ibu bapanya menjauhi kegiatan tidak bermoral. Aktor itu juga memberitahu dia tidak sanggup menggadai maruah diri semata-mata mahu hidup senang lenang demi menjalani hidup mewah. Fikry dan Bulan hanya rakan kongsi dalam perniagaan semata-mata. “Mungkin tawaran lakonan yang saya dapat tidaklah sehebat pelakon-pelakon muda lain, walaupun sudah berlakon sejak umur lima tahun tapi itu bukan alasan untuk saya jual diri atau dibela sesiapa. “Saya masih tahu dosa pahala. Arwah ayah dan ibu saya didik saya dari kecil untuk berusaha sendiri kalau nak mencapai apa diinginkan. “Jauh sekali saya tergamak jual tubuh untuk kepuasan ‘sugar mummy’ atau sesiapa. Memang minta dijauhkan perkara seperti itu,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Ditawar RM10,000 jumpa peminat lelaki, Andyoso bimbang tersalah langkah ARTIKEL BERKAITAN: Afieq Shazwan berkenalan dengan ‘anak ikan’, mahu belajar cara hidup mereka Fikry menjelaskan perkara itu selepas didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan seorang wanita dikenali sebagai Mabel Ira Bulan kerana sering dilihat meluangkan masa bersama. Menjelaskan salah faham tersebut, Fikry memberitahu Bulan merupakan rakan kongsinya dalam sebuah perniagaan kopi tanpa bancuh yang diusahakan bersama. Malah kata Fikry, modal RM600,000 bagi membangunkan perniagaan tersebut juga bukan dikeluarkan sepenuhnya oleh Bulan tetapi sama rata. Bukti kecaman yang diterima Fikry di IG miliknya. “Sebahagian besar modal bisnes RM600,000 itu adalah hasil daripada duit simpanan saya bersama rakan kongsi seorang lagi. “Jadi saya harapa netizen yang menyindir saya di IG itu, henti-hentikanlah,” jelasnya. Sementara itu, Fikry memberitahu dia nekad meceburkan diri dalam bidang perniagaan pada usia muda sebagai jaminan masa depan. Jelas Fikry, melihat kepada tahapnya dalam bidang seni, dia perlu melakukan sesuatu dan tidak bergantung harap kepada lakonan atau nyanyian. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!