USAHAWAN Haliza Maysuri bengang apabila rupa paras suaminya iaitu Rosli Awang sering menjadi bahan hinaan dan kutukan netizen. Haliza, 47, kata-kata nista itu bukan sahaja melukakan hatinya sebagai isteri tetapi turut mengguris perasaan anak mereka yang berada di United Kingdom (UK). "Lepas ini cukup-cukup yang mengata suami saya macam pemandu... macam penoreh getah dan macam-macam lagi. Wajah suami Haliza sering jadi perhatian netizen. "Alhamdulillah macam mana sekalipun, cukuplah itu. Tolong jaga hati anak-anak kami," katanya. Haliza berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang turut memaparkan tangkap layar komen netizen. Dalam komen tersebut, wanita berkenaan seakan mengejek Rosli terlihat seperti seorang pemandu. ARTIKEL BERKAITAN: Haliza Maysuri dapat hadiah BMW edisi terhad RM1.6 juta, bawa ke kebun durian - “Kalau tak guna satu hal menjawab di akhirat” ARTIKEL BERKAITAN: Haliza Maysuri tak lokek berhabis RM3.5 juta untuk majlis resepsi anak lelaki, gaun menantu dihiasi hampir 200,000 batu Swarovski Menurut Haliza, anaknya yang berada di perantauan itu sering membaca komen-komen negatif melibatkan bapanya. Malah dia juga sentiasa berpesan agar bapanya tidak terpengaruh dengan komen jahat netizen. "Kesannya setiap hari anak saya yang belajar di UK selalu ingatkan saya kena cakap 'Papa Putri kacak', 'Papa Putri paling kacak' setiap hari sebab anak-anak baca komen-komen yang mengatanya. "Anak-anak cukup hormat dan sayang papanya... risaukan papanya kecil hati dengan komen netizen," ujarnya. Haliza minta henti bercakap mengenai wajah suaminya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan wanita berkenaan mempunyai perasaan cemburu terhadap kehidupan Haliza. "Dia ada penyakit Ain itu, jangan pedulikan kata-kata negatif. "Dia tak tahu pemandu ini ada kad hitam, biarkan orang yang ada hasad dengki itu," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!