suria

Jelajah Suria FM perkenalkan nama Ayish Malkan, sorakan peminat dorong jadi penyanyi

Ayish kini mula mengatur langkah sebagai penyanyi

KEMUNCULAN di atas pentas ketika menghadiri program Jelajah Suria FM dua tahun lalu telah membuka ruang buat bakat baharu Ayish Malkan melebarkan sayap sebagai seorang penyanyi.

Selepas video nyanyiannya menyampaikan lagu Setiaku Di Sini (nyanyian asal Ziana Zain) mula tular, ramai kagum melihat bakat Ayish sehingga dia menerima tawaran merakamkan lagu.

Bagi Ayish atau Farah Muarfah, 27, sorakan ramai ketika itu serta komen-komen positif di media sosial juga menjadi pendorong untuk dia berani mengatur langkah dalam dunia seni.

ayish 1

Kenangan Ayish bersama Ziana Zain.

"Baru nyanyi sebaris ketika itu penonton sudah bersorak dan beri tepukan. Itu menjadi kenangan paling indah dalam hidup saya.

"Saya juga gembira membaca komen peminat. Mereka memberi kata-kata positif dan itu menambah semangat saya untuk bergelar penyanyi," katanya.

Bakat Ayish mula dikesan ketika stesen Suria FM mengadakan program Jelajah 90 Suria di Kuantan, Pahang pada Ogos 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas tular nyanyian spontan, impian Ayish Malkan sepentas dengan Ziana Zain tercapai... “Macam mimpi duet bersama diva”

ARTIKEL BERKAITAN: Video nyanyian spontan di pentas ‘Jelajah 90 Suria’ tular, gadis berperwatakan kasar sedar diri tak cukup pakej jadi penyanyi

Dia kemudia diundang oleh stesen radio berkenaan untuk berkongsi pentas bersama Ziana Zain di satu lagi lokasi iaitu IOI City Mall, Putrajaya pada bulan sama.

Tampil dengan lagu baharu berjudul Cinta Di Cintai, Ayish juga menganggap ini merupakan peluang untuknya mendalami ilmu muzik.

Sebagai penyanyi baharu dia juga amat berbesar hati apabila muzik video lagu tersebut mendapat kerjasama kru produksi berpengalaman dari Indonesia.

Itu menjadi kenangan paling indah dalam hidup saya

AYISH MALKAN

PENYANYI

"Banyak ilmu baru yang diperoleh saat mula masuk ke studio rakaman. Setiap patah perkataan mempunyai maksud dan perlu disampaikan dengan cermat.

"Untuk video muzik pula telah dijalankan di Jakarta. Ini juga adalah pengalaman pertama saya dapat bekerja dengan kru berpengalaman. Sudah tentu semuanya dilakukannya sebaik mungkin untuk memberi kepuasan kepada pendengar," ujarnya.

ayish 3

Ayish harap kemunculan dalam industri diterima baik.

Lagu tersebut merupakan ciptaan bersama Nur Rasa dan Sheikh Qalam sebagai penulis lirik serta komposer.

Mengagumi bakat penyanyi Ziana Zain dan Misha Omar, Ayish juga menyimpan harapan besar agar lagu pertamanya ini akan menjadi tanda untuk dia terus mengembangkan bakat dalam industri muzik Malaysia.

"Saya mahu menjadi seperti mereka satu hari nanti. Semoga lagu saya ini juga akan mampu membawa nama ke persada muzik tanah air seterusnya menjadi seperti mereka," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain